"Faer, cuba cakap baik - baik eh?"
Faer mengerutkan dahi.Wajah uminya yang tampak bersalah itu dipandang pelik.Apa yang uminya itu maksudkan?
Cakap baik - baik? Apa ni?
"Apa maksud umi ni? Faer tak faham.."
Datin Farah menggeleng kepala.Tidak mahu masuk campur dalam urusan anak dan menantunya itu.Biarlah Faer tahu perkara yang sebenar melalui Elyana.
"Faer pergi lah dulu jumpa El..Mesti kamu penat kan?"ujar Datin Farah.Dia menghadiahkan segaris senyuman buat anak lelakinya itu.Harap - haraplah, semuanya akan baik - baik sahaja.
"Why you look so weird, umi? Is that any problem today?"soal Faer masih belum puas hati.Kenapa dia dapat rasakan umi nya itu sedang menyembunyikannya sesuatu daripadanya? Tapi apa?
"Tak de apa - apa pun..Okaylah, umi turun dulu eh? Nak masak makan malam kita.."pamit Datin Farah sebelum beredar dari situ dengan kadar segera.
Faer masih kehairanan.Tombol pintu yang sudah disentuhnya tadi lantas di putar.Haruman bilik itu serta merta menusuk masuk kerongga hidungnya.
"Kau buat apa tu?"pintu ditutup semula sebelum Elyana yang duduk diatas lantai itu dihampirinya.Apa pula yang gadis itu buat disitu? Banyak - banyak tempat duduk, nak juga duduk kat atas lantai..
Elyana tersentak.Kadar degupan jantung nya sudah lari daripada kiraan biasa.Dia memejamkan matanya rapat.Ya Allah, bantulah hambamu yang teraniaya ini!
"A-awak dah balik ke?"tergagap - gagap Elyana menyoal.Padahal sudah jelas lagi bersuluh yang Faer sudah balik.Bongok!
Lagi nak tanya!
Faer mengerutkan dahi.Tak, kenapa semua orang dalam rumah itu nampak pelik hah?! Tadi uminya dengan pesanan bagai, sekarang Elyana pula yang gagap?
What is going on?
"Kau kenapa Elyana?"
Elyana menahan debar.Dapat dia dengar bunyi tapak kaki Faer yang semakin hampir dengannya itu.Air liur yang terasa seperti pasir dikerongkongnya itu ditelan.Huwa, dia nak nangis!
"Awak.."Elyana mulai memusingkan badannya menghadap Faer.Tangannya memegang erat kotak muzik yang sudah tercabut pemutarnya itu.Nak pegang erat lagi dah kenapa? Dah rosak dah pun!
Faer memandang wajah bersalah Elyana sebelum matanya perlahan - lahan di bawa kearah tangan gadis itu.Matanya serta merta membulat besar.Dia terkedu.
"Elyana, kau sentuh barang aku?"
Mata Elyana mulai berkaca mendengar persoalan Faer itu.Nada yang digunakan oleh lelaki itu juga sangat menakutkan dirinya.Walaupun perlahan, namun dia tetap dapat menangkap getar pada suara itu.Jelas sekali yang suaminya itu sedang menahan amarahnya.
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...