"El, kamu ada nak kemana - mana ke lagi lepas ni? Nak makan ke? Ataupun nak shopping? Auntie belanja? Nak ke?"
Elyana tertawa kecil mendengar kata - kata Datin Farah itu.Tangan wanita itu lantas dicapai sebelum disentuh dengan perlahan.Kepalanya digeleng.
"Tak pe auntie..El dah makan dari rumah lagi..Ni perut ni masih penuh lagi dengan sarapan yang mama buat tadi.."lembut saja suara Elyana menolak niat baik Datin Farah.Dia memang ikhlas pun nak teman kawan mamanya itu untuk pergi kekedai bunga Auntie Nad hari ini.Sama seperti yang telah dia janjikan semalam pada wanita sebaya mamanya itu.
Bagaimana dia hormatkan mamanya, begitu jugalah dia akan hormatkan dan sayangkan Datin Farah.Tambahan pula, wanita itu ialah ibu kepada lelaki pujaan nya dalam diam.Eh, dalam diam ke?
"Betul ni tak nak makan? Jadi, kamu ada nak pergi tempat lain ke? Cakap je, boleh kita pergi sekarang memandangkan kita dah beli bunga..Lagipun masih awal lagi ni kalau nak balik rumah..Bosan!"kata Datin Farah sambil mengusap kepala gadis itu.Matanya melekat pada wajah putih bersih tersebut.
Elyana diam.Dagunya diketuk - ketuk perlahan, gaya orang berfikir.Ceh, macam fikir masalah negara saja lagaknya!
"Hah!"
"Hah, apa dia El? Nak kemana?"soal Datin Farah dengan senyuman.Geli hati tuanya melihat tingkah Elyana yang serupa baru mengingati sesuatu perkara penting itu.Comel!
Elyana tersipu malu.Nanti kalau dia cakap, mesti ketara sangat.Tapi, kalau dia tak cakap, sampai bila cintanya tiada perubahan langsung kan? Ada peluang ni haruslah digunakan dengan baik..
Kan kan kan?
"Err, auntie..Anak auntie kerja mana? Apa kata kita lawat dia..Manatahu dia rindu auntie ke kat sana? Kan?"
Datin Farah mengerutkan dahi.Tidak lama kemudian dia mengukir sengihan mengusik pula.Lain macam je nak lawat Faer ni..Ni mesti ada apa - apa kan?
"Macam mana pula El boleh terfikir yang Faer rindukan auntie? Macam ada kuasa je kamu berdua ni sampai jauh macam ni pun boleh tahu perasaan masing - masing.."usik Datin Farah.
Elyana sudah bagai cacing kepanasan mendengar usikan Datin Farah itu.Muka nya juga kian memerah menahan malu.
"Eh ada pula kuasa - kuasa..Em, El cakap macam tu saja je..Yelah, El pun selalu rindu dengan mama papa bila belajar dulu..Mana tahu Faer rasa benda yang sama juga kan? Haa, itu maksud El.."
Datin Farah ketawa.Walaupun dia sudah tua, tapi dia tetap dapat menangkap niat sebenar gadis itu.Nak menipu pun tak pandai budak ni..Serupa sangat dengan mamanya waktu simpan perasaan buat Edri dulu! Malu, tapi mahu!
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...