Faer menjeling Haidar yang berdiri disebelah nendanya itu dengan tajam sekali.Kalau boleh, sampai luka parah tubuh itu dek kerana jelingannya.Boleh pula lelaki tu menyibuk di hari kepulangan mereka? Elok saja moodnya sebab dah nak balik tadi pagi, tapi rosak pula dengan kehadiran lelaki tersebut.
Rasa cemburu menebal didalam hati.
"Haidar, kenapa datang ni? Ada apa - apa ke nak bagitahu dengan nenda?"soal nenda Rahimah yang turut pelik dengan kedatangan pemuda tersebut.Macam ada perkara pentingnya je tiba - tiba datang.
Haidar tersengih.Belakang tengkuknya digosok - gosok.Sesekali matanya sempat mengerling wajah Elyana disebelah Faer itu.Dan serentak dengan itu, senyuman manisnya menjadi semakin lebar.
"Er, Haidar saja datang, nenda..Nak jumpa Faer sebelum dia balik."ucap Haidar dengan nada penuh lembut.
Faer menjuihkan bibirnya.Nak jumpa dengan dia lah sangat.Macamlah dia tak tahu tujuan asal lelaki itu.Kalau nak jumpa dia, dia lah yang patut dikerling - kerling oleh lelaki itu! Bukannya Elyana!
"Oh macam tu..Ingatkan ada apa - apa ke yang mak kamu nak sampaikan dengan nenda tadi."ujar Nenda Rahimah.Mata nya sempat menangkap riak cemberut yang bermukim pada wajah Faer.Dalam diam, dia menyimpul senyuman kecil.
Faham benar kenapa cucu lelakinya menayangkan ekspresi tersebut.
"Eh, tak lah nenda..Saja."laju Haidar menafikan.Sebenarnya, dia datang situ nak jumpa Faer dengan Elyana.Atau lebih tepat lagi Elyana.Mana lah tahu mereka boleh menjadi sahabat? Kan?
Nenda Rahimah mengangguk.
"Nenda, kami balik lah dulu."pamit Faer sebelum tangan kanan nendanya dicapai laju.Satu kucupan hormat dilabuhkan pada belakang tangan wanita itu.
Nenda Rahimah mengusap kepala Faer dengan senyuman.Nak cepat balik ni sebab cemburu ke apa dengan Haidar?
"Lah, kenapa nak awal sangat balik ni, Faer? Tak nak tunggu petang - petang sikit lagi ke?"soal nenda Rahimah sengaja.Kini Elyana dan Datin Farah pula yang bergilir bersalam dengannya.
Faer menjeling Haidar yang sibuk merenung Elyana itu.Bibirnya dijuihkan.
"Ada orang buat Faer sakit hati..Sebab tu lah nak balik awal ni!"sindir Faer dengan kuat dan lantang.Matanya dipanahkan tajam kewajah Haidar.Ya, Haidar lag yang dia tengah sindir tu! Tapi, Haidar langsung tidak dapat mendengarinya kerana terlalu fokus dengan Elyana.Huh!
Nenda Rahimah ketawa.Manakala Datin Farah dan Elyana hanya menggeleng ketawa berserta dengan senyuman.
"Ada - ada saja kamu ni, Faer..Baiklah, hati - hati memandu tu.Jangan nak cepat saja sampai..Biar lambat, asal selamat. Kalau mengantuk ke, singgah tepi jalan bagi rehat dulu..Jangan nak mengada teruskan pemanduan tu..Dah ada lesen juga kan? Haa, beretika lah di jalan raya, faham tak Faer?"pesan nenda Rahimah yang risau dengan keselamatan cucu dan menantunya itu.Riak risau jelas terbias pada wajah tuanya.Semoga Allah sentiasa melindungi keluarganya.
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Roman d'amour[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...