bab 4 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

9K 853 79
                                    

"Mama, ada ke kawan mama kat rumah ni? Sunyi semacam je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama, ada ke kawan mama kat rumah ni? Sunyi semacam je..Apa kata jom kita balik lah? Esok - esok kita datang sini semula.."saran Elyana apabila mereka sudah tiba didepan pintu rumah itu.

Datin Elana mencebik.Dah sampai depan pintu baru nak balik? Memang tak lah!

"Apa pula tak de nya? Tu, semua kereta dia kat situ..Hah, lagipun dia memang tinggal dengan anak lelaki die je..Tu lah sebabnya sunyi semacam bak kata kamu, kan abang kan?"balas Datin Elana.Di hujung ayatnya jelas meminta bantuan daripada si suami.

Dato' Edri mengangguk.

"Haah, tunggu je lah, El.."

Elyana mendengus sedikit.Haih, susah juga kalau tiada suami ni..Tak pe, buat masa sekarang ni, biar mamanya saja dulu menang.Nanti esok - esok, dengan bantuan encik kacak dia akan menang.

Eheh!

Klak

"Kawan umi kan? Jemputlah masuk."kata suara serak basah itu selaku gerangan yang membuka pintu itu.

"Haah, kamu anak Farah ke?"soal Datin Elana sekadar ingin berkenalan.Dalam hati dia sudah pasti yang jejaka muda dan kacak itu ialah anak lelaki kawan baiknya.Muka dah sama, takkan anak angkat pula kan?

Lelaki itu mengangguk.Dia menayangkan senyuman, namun wajahnya tetap kelihatan dingin dan tidak peramah.

Elyana sudah terpana.Dari suara itu saja dia sudah dapat meneka.Apatah lagi itu ialah suara yang sudah menjadi suara kegemarannya.Wajah itu direnung tanpa berkelip langsung.

"Haah, auntie.. Jemputlah masuk."jemput lelaki muda tersebut sambil meluaskan bukan pintu itu.

Datin Elana dan Dato' Edri mengangguk bersama senyuman.Manakala Elyana pula masih terkaku diluar pintu.

"Seriously, encik kacak?"bisik Elyana perlahan.Mulutnya yang terlopong di tekup menggunakan tapak tangan.

Dia sangka kan, mereka tidak akan bertemu kembali.Dan siapa sangka? Encik kacak kesayangannya itu ialah anak kepada kawan mamanya.

Omg, what a nice coincidence!

✪✪

"Weyh, Elana! Aku tak sangka kau masih setia dengan Edri ni..Memang kalau dah jodoh tak akan kemana kan?"kata Datin Farah semasa mereka menikmati makan malam.Sambil makan, sambil bercerita!

Dato' Edri dan Datin Elana tertawa besar mendengar kata - kata wanita itu.Mereka tahu kenapa Datin Farah berkara begitu.

Apa tidaknya, sejak sekolah menengah lagi Datin Elana sudahpun menyimpan perasaan dengan Dato' Edri.Dan nasib baik, Dato' Edri turut menyimpan rasa yang sama.Dan alhamdulillah, sampai sekarang jodoh mereka masih panjang.

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now