"El tahu tak siapa nama anak perempuan nenda tu?"soal nenda Rahimah sebagai permulaan ceritanya.Wajah manis Elyana dipandang dengan lembut.
Elyana berfikir sejenak sebelum satu gelengan kepala diberikan.Macam mana lah dia nak tahu kalau Faer pun berat sangat mulut tu nak bagitahu..Hm..
Nenda Rahimah mengangguk.
"Tak pe, biar nenda kenalkan..Dia tu, perempuan yang berbual dengan ibu mertua kamu tadi tu, dia anak nombor dua nenda..Adik kepada arwah ayah suami kamu..Maznah namanya."
Elyana mengangkat keningnya.Oh, jadi wanita tadi tu ialah adik ipar Datin Farah lah? Tapi, kenapa macam tak sebulu?
"El patut panggil apa, nenda?"tanya Elyana sekadar ingin tahu.Yelah, takkan dia nak panggil nama terus kan kalau bertemu? Kang, tak pasal - pasal dia kena pelangkung nanti..Dahlah garang! Heh!
"Panggil Mak ngah je..Suami kamu waktu kecil pun panggil dia dengan panggilan tu juga.."balas nenda Rahimah.
Elyana mengangguk - angguk.
Nenda Rahimah tersenyum melihat reaksi daripada Elyana itu.Namun tidak lama, senyumannya itu perlahan - lahan memudar.Matanya juga sudah berkaca.
"Nenda okay tak? Tak pe, kalau nenda tak nak cerita pun, El okay..El faham perasaan nenda.."kata Elyana yang sedar dengan perubahan air muka wanita tua itu.Belakang tubuh nenda Rahimah juga turut diusap - usapnya perlahan.
Nenda Rahimah cuba mengukir senyum payah.Wajah Elyana ditepinya itu di pandang dengan mata yang merah.
"Tak pe..Lagipun El perlu tahu cerita ni, sebab El kan dah jadi sebahagian dari keluarga kecil nenda ni? Jadi, nak tak nak, nenda tetap perlu bagitahu El.."
Elyana menggeleng perlahan.
"Tak apa nenda..Jangan paksa diri tu, okay? Kalau nenda tak dapat bagitahu harini pun, esok - esok kan masih ada? Tak pe, take your time.."nasihat Elyana yang tidak ingin membebani emosi nenda Rahimah itu.Nanti kalau dipaksa, sakit pula wanita itu.Kasihan!
Nenda Rahimah mengusap kepala Elyana seraya satu gelengan diberikan.Apa pun yang terjadi, dia tetap perlu beritahu hal sebenar kepada cucu menantunya itu.
"Tak pe, nenda okay.."
Elyana menghela nafas.
"Betul ni nenda okay? Tak sedih?"soal Elyana sekadar ingin memastikan.Rasa bersalah pula dia melihat air mata nenda suaminya itu.Hm, tapi dia nak tahu juga!
Haih..
"Ya, nenda okay sayang.."jawab nenda Rahimah dengan senyuman.Cuba untuk menyembunyikan perasaan sedihnya.
Elyana mengangguk dengan penuh teragak - agak.Tak pe lah, kalau nenda berkeras nak bagitahu dia macam mana juga kan? Rezekinya lah nampaknya..
"Dulu, Maznah dengan Farah tu kawan baik tau? Sejak kecil sampai lah besar, sentiasa sama - sama..Sekolah rendah sama - sama, sekolah menengah sama - sama, universiti sama - sama, semuanya sama - sama..Farah dengan arwah kenal pun dari Maznah..Yelah, tak nak putus hubungan kawan kata mereka.."cerita nenda Rahimah sambil tersenyum.
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...