bab 5 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

9.3K 827 79
                                    

"Farah, terima kasih hidangan tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Farah, terima kasih hidangan tadi."ucap Datin Elana dengan senyumannya.Kini mereka sudahpun berada diluar rumah kawannya itu.Sudah ingin pulang setelah hampir empat jam berada disitu.

Datin Farah tersenyum.Tubuh Datin Elana terus dibawa kedalam pelukan.

"Macam tak cukup pula kita berjumpa malam ni kan, Elana? Nanti esok - esok datanglah lagi kat sini..Bawalah Edri dengan El sekali.."pesan Datin Farah yang masih tidak puas bertemu dengan kawannya itu.

"Eh mestilah aku akan selalu datang! Tapi kalau nak bawa dua ni sekali memang tak lah..Dua - dua susah sangat nak keluar dari rumah..Terutama si El ni..Habis je belajar, memang terperap terus dekat rumah.Tulah yang jodoh tu tak jumpa - jumpa lagi."bebel Datin Elana khas buat suami dan anak gadisnya.Dia sempat menjeling dua manusia tersebut.

"Oh yeke El? Ala, auntie baru nak ajak kamu pergi beli bunga esok..Tapi tak pe lah kalau dah macam tu.."

Elyana menggeleng laju.Siapa kata dia tak nak temankan bakal ibu mertua nya? Eh, maksudnya teman mamanya itu? Dia lagi suka adalah! Dapatlah rapat sikit dengan encik kacak kan? Ehek!

"Eh tak pe, El boleh je teman auntie pergi mana - mana esok..Lagipun, sejak dua menjak ni El dah suka pula pergi kedai bunga..Lagi - lagi bila sudah bertemu dengan encik kacak plus jodoh.."ujar Elyana dengan nada seronoknya.Ayat terakhir sengaja diperlahankan.Tidak mahu sesiapa pun mendengari kata - katanya itu.Namun, matanya jelas melirik kearah seseorang.

Faer yang turut ada disitu sudahpun mengeluh kecil.Entah kenapa, dia cepat saja menangkap helah gadis bernama Elyana itu.Apa lagi kalau bukan ingin menyemak didepan matanya? Huh!

"Lah ye ke? Okay, esok kita pergi kedai bunga auntie Nad..Boleh, El?"bukan main gembira Datin Farah.Wajah anak perempuan kawannya itu diperhati dengan senyuman lebar.

Elyana mengangguk kepala.Demi ibu mertua, diturut jua..Mana lah tahu boleh rapat dengan encik kacak kan? Ehem!

"Boleh je auntie..Nanti El datang sini awal pagi esok tau?"

Datin Farah mengangguk.Masih dengan senyuman bahagianya.Nampaknya dia akan ada tanaman baru esok!

Dato' Edri dan Datin Elana sudah pelik dengan sikap anak mereka itu.Kenapa semuanya kedengaran dan kelihatan sungguh pelik? Kena sampuk hantu malam ke apa budak tu?

Pelik!

Faer pula menghela nafas berat.Kepala ditundukkan lemah.

"Nampaknya aku kena pergi awal esok supaya tak terjumpa dengan budak ni.."

✪✪

Elyana melabuhkan duduknya dihujung katil.Rambut yang basah itu dikeringkan menggunakan tual kecil ditangannya.

"Mana eh?"matanya meliar, cuba untuk mencari sesuatu.Bila tiada benda itu tiada di atas katil, matanya diarahkan kemeja lampu pula.Senyum terukir sedikit.Jumpa pun!

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now