bab 11 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

8.1K 788 23
                                    

"Ya Allah, stress!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ya Allah, stress!"

Dato' Edri menghampiri tubuh yang duduk bersendirian diruang tamu itu dengan kerutan didahi.Kelihatan anak gadisnya itu sudahpun mengusutkan rambutnya sendiri setelah mengoyakkan sekeping kertas.Aik, kenapa pula dengan anaknya itu?

"El? Kenapa ni?"soal Dato' Edri penuh prihatin.Duduknya dilabuhkan pada ruang kosong disebelah Elyana.

Elyana menoleh ketepi.Wajah risau papanya itu dipandang dengan mata yang kuyu kepenatan.Penat setelah beberapa hari memerah otak untuk mencari cara bagaimana memujuk pasangan tengku tersebut.Sudah banyak rekaan dan idea yang dibuatnya, tapi tiada satu pun yang sesuai.

"Papa.."

Dato' Edri mengusap kepala Elyana dengan penuh kasih sayang.Dia tahu yang anaknya itu sedang mengalami masalah yang besar.Dari wajah kusut gadis itu saja dia sudah boleh teka.

"Kenapa ni El? Tak kongsi dengan papa ke?"lembut saja suara Dato' Edri.Tidak mahu menambahkan lagi tekanan yang dihadapi oleh Elyana.

Elyana melabuhkan kepalanya dibahu papanya.Air matanya sudah bertakung ditubir mata.Satu keluhan terlepas.

"Papa, I'm tired.."adu Elyana dengan suara yang jelas menahan tangis.

Dato' Edri mengerutkan dahi.

"Kenapa? El penat sebab apa?"bahu Elyana dirangkul dari tepi.Satu usapan lembut diberikan pada lengan gadis itu untuk menenangkannya.Dia tahu yang Elyana sedang menahan sebaknya.

"Papa nak tahu tak? El ada buat satu perjanjian dengan Faer.."beritahu Elyana dengan air mata yang sudah menitik.

"Okay, perjanjian apa?"tanya Dato' Edri hairan.Apa pula perjanjian antara dua orang muda itu?

"Papa tahu kan yang El suka Faer?"

Dato' Edri mengangguk.Siapa saja yang tidak nampak betapa sukanya Elyana pada lelaki bernama Faer itu? Sebut saja nama Faer, bukan main sengihannya.

"Tahu, kenapa? Apa kaitannya?"

Elyana mengangkat kepalanya dari bahu papanya.Wajah kehairanan papanya itu dipandang dengan mata berair.

"El ada buat perjanjian dengan Faer..El kata, kalau El berjaya pujuk klien Faer, dia janji akan kahwin dengan El..Tapi masalahnya klien dia tu cerewet nak mampus papa.."terang Elyana dalam sedu - sedannya.Entah kenapa kata - kata Faer padanga tempoh hari sangat menyakitkan hatinya.Huwa, kenapalah dia boleh jatuh hati dengan lelaki tiada perasaan itu! Kenapa?!

Dato' Edri ketawa besar mendengar penerangan daripada Elyana itu.Boleh pula buat perjanjian macam tu!

"Papa, why are you laughing?"kata Elyana dengan wajah cemberut.Orang punyalah sedih sebab stress, dia boleh pula ketawa besar disitu.Huwa, kenapa dunia kejam dengannya?

"Mana ada papa ketawa.."nafi Dato' Edri meskipun perbuatannya itu tadi sangat jelas kelihatan.Sedangkan sekarang pun tawanya masih tersisa.Bukan apa, lucu pula mendengar perjanjian antara Faer dengan anaknya itu.Macam - macam sahaja anak muda zaman kini!

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now