bab 36 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

10.5K 889 169
                                    

Faer menarik handbrake seusai memarkirkan keretanya didalam perkarangan rumah mereka itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faer menarik handbrake seusai memarkirkan keretanya didalam perkarangan rumah mereka itu.Stereng diputar - putat seketika agar keempat - empat tayar Lexusnya itu lurus.Perfect!

Dalam keadaan enjin kereta yang masih hidup, Faer laju saja meregangkan tubuh sepuasnya.Tidak lupa juga dengan kepala nya yang sudah terasa kebas kerana terlalu lama mendongak.

"Huh, penatnya.."keluh Faer seraya meleraikan tali pinggang keledar itu daripada tubuh kekarnya.Setelah hampir empat jam dia memandu secara terus - menerus dari kampung nendanya, akhir nya tiba juga mereka dengan selamat.

Memandu dan penat, berpisah tiada.

"Emm.."

Faer menoleh ketepi.Elyana yang sudah tidur lena sambil berpeluk tubuh disebelah nya itu diperhati kejap.

Perlahan - lahan bibir Faer membuat satu lekukan.Wajahnya dengan wajah Elyana didekatkan.Kini, jarak antara wajah mereka sudah kurang dari seinci.

Sangat rapat!

"Aku tak tahu kalau dah ada orang cakap kat kau atau belum, but you're the cutest and the sweetest girl I've ever seen.Sweet as candy, cutest candy.."bisik Faer tanpa mengalihkan pandangannya.Setiap inci wajah cantik dihadapannya itu ditatap dengan debaran didada yang semakin menggila.Dup dap dup dap..

Dia sangkakan yang Elyana bersetuju untuk memberikan nombor telefonnya kepada Haidar, tapi rupanya tidak.Hanya tuhan saja yang tahu betapa leganya dia tadi sebaik mendengar penolakan isteri nya itu.Dan seluruh ruangan hatinya menjadi lebih lapang setelah mendengar bait - bait perkataan gadis itu tadi.

"Maaf, Haidar..Saya bukannya tak nak bagi, tapi awak pun tahu kan yang saya dah kahwin? Kalau saya belum kahwin, mungkin boleh lagi saya bagi..Tapi, saya harap sekarang ni awak faham dengan status saya..Bukannya kita tak boleh berteman langsung, cuma perasaan suami saya pun perlu dijaga..Saya harap sangat yang awak faham dengan apa saya cakap ni..Maafkan kalau ada kata - kata saya yang menggores hati awak, Haidar.. Assalamualaikum."

"That 'perasaan suami saya pun perlu dijaga' really melt me..It's so warm and.. Lovely I guess?"ujar Faer lembut.

Senyumannya kian melebar.Kepala ditundukkan sebelum diangkat semula.

"Macam mana ni, wife? Aku rasa aku dah jatuh hati dengan kau lah.."matanya di liarkan kewajah Elyana sekali lagi.Dari kening yang terukir semulajadi, bulu mata yang hitam dan lentik, hidung mancung yang terletak elok serta bibir yang penuh kemerahan.Sempurna!

Sungguh Faer tidak pernah menyangka yang dia akan jatuh cinta dengan gadis itu.Gadis yang sebelum ini sering kali membuatnya menyampah, kini berjaya mendebarkan dadanya.Bukan setakat berdebar, malah nafasnya juga hampir tersekat angkara tingkah Elyana.

"Apa aku nak buat ni, hm? You must be responsible for what you've done to me, Mrs Faer Mahfuz.."desis Faer seraya melabuhkan satu kucupan hangat di pipi Elyana.Sesudah itu, hidungnya digesel kan pula dengan hidung gadis itu.

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now