Faer mendekati Elyana yang sudahpun lena diatas katil itu.Butang baju melayu yang tersarung ditubuhnya lantas dibuka satu persatu sehingga menampakkan dadanya yang terhias dengan tattoo itu.
"Pandai pun diam.."kata Faer sambil merenung wajah Elyana.Jam tangan yang sejak pagi lagi berlingkar di pergelangan tangan kirinya dileraikan.
Dia melabuhkan duduk tepat disebelah tubuh Elyana.Wajah lena itu direnung lama sabelum satu keluhan kecil terlepas dari mulutnya.
"Kenapa kau nak sangat kahwin dengan aku ni hm?"soal Faer perlahan.Tudung yang sedikit menutupi wajah Elyana di alihkannya.Mahu melihat wajah yang teringin sangat kahwin dengannya itu.
Kini mata Faer sibuk menilik seluruh wajah itu.Alisnya yang cantik, mata yang bundar, hidung yang mancung, dan bibir yang merah itu sangat sempurna dimata nya.Dan dia pasti, bukan dia seorang saja yang perasan dengan kecantikan Elyana.
Tapi persoalannya, kenapa hanya dirinya yang sering dikejar oleh gadis itu? Tiada sudahkah lelaki lain yang sesuai dengan gadis itu? Yang peramah dan periang?
Dan kenapa, Elyana masih saja memilih dirinya yang jelas mempunyai karakter berbeza? Dia sendiri akui, yang dia tidak pandai dalam menjaga perasaan orang.
Namun, Elyana masih setia memikat dirinya.Kenapa? Apa yang ada pada dirinya sehingga gadis itu seolah - olah tidak menyedari kehadiran lelaki lain?
"Em.."
Faer tersedar dari lamunannya.Elyana yang menggumam itu dipandang.
"Dalam tidur pun tak boleh diam."kutuk Faer sebelum bangun dari duduknya.Dia ingin mandi.Sudah hampir seharian dia berada dalam pakaian tersebut.Rimas!
✪✪
Elyana mencelikkan matanya.Badan yang terasa lenguh itu diregangkan seketika.Huwa, penatnya kahwin!
"Mana suami aku yang paling kacak di dunia tu? Belum naik lagi ke?"soalnya sendirian.Mata digosok untuk hilangkan kabur.Kelibat seseorang dicari.
Namun tiada!
"Ish, rindu lah pula hmm.."adu Elyana bersama cebikan.Tudung yang dibawa tidur tadi lantas dibuka menampakkan huraian rambutnya yang paras pinggang itu.Panas tahu tak? Macam mana lah dia boleh tidur dengan tudung tu tadi.Orang alim pun tak pakai tudung kalau tidur.
Klak
Elyana laju menghalakan pandangannya kearah punca bunyi itu.Satu tubuh kekar yang baru keluar dari bilik mandi itu menyapa retinanya.Mata dibulatkan.
"Kau kenapa?"soal Faer senada.Dahinya berkerut pelik melihat telatah Elyana yang jelas terkaku itu.Macam nampak hantu pun ada.Ataupun mengigau?
Dalam masa yang sama, Faer sempat melihat rambut Elyana yang berwarna hitam pekat itu.Pertama kali dia lihat gadis itu tidak memakai tudungnya.
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...