bab 19 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

8.7K 811 38
                                    

"El, jauh termenung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"El, jauh termenung..Ingatkan siapa tu?"

Elyana yang sejak tadi hanya diam sambil menikmati suasana malam itu lantas mengangkat kepala sebaik telinga mendengar suara mertuanya.Satu senyum manis lantas dilorek.

"Tak de siapa pun..Saja je nak ambil angin malam kat sini.."balas Elyana dengan lembut.Yelah, selain duduk berseorangan disitu apa lagi yang dapat dia lakukan? Nak kacau Faer? Sibuk pula lelaki itu di bilik kerjanya.Kang kalau dia kacau, mengamuk tak tentu pasal pula lelaki separuh manusia separuh singa itu!

Datin Farah yang sudah duduk didepan anak menantunya itu menganggukkan kepala.Wajah manis Elyana dipandang dengan senyuman tuanya.

"So, macam mana kahwin dengan Faer? Seronok?"soal Datin Farah, ingin tahu tentang perkembangan rumah tangga pasangan muda itu.

Elyana berfikir sejenak.

"Em, seronok..Tapi.."

Datin Farah mengangkat kening.

"Tapi apa El? Faer ada buat yang tak baik ke dengan kamu?"risau Datin Farah bila mendengar ayat Elyana yang tidak habis itu.Takkanlah pula anak lelakinya itu berlaku buruk kepada gadis tersebut?

"Eh tak de lah umi.."kata Elyana sambil kepala digeleng laju.Tidak mahu Datin Farah menyangka yang dia telah disakiti oleh encik suami.Walaupun kenyataan nya, ada juga lah sikit.Terutama bila dengar kata - kata kasar Faer itu.Bukan setakat telinganya yang sakit, malah hati suci bersih embunnya juga tau!

Datin Farah menghela nafas lega.

"Jadi, kenapa? El ada apa - apa masalah ke dengan Faer?"

Mata Elyana mulai berkelip - kelip.Tanda dia sedang berada dalam keadaan penuh berkira - kita.Tak mengapa ke kalau dia nak minta pendapat dari ibu mertuanya itu? Tak berdosa besar atau kecil juga kan? Kan?

"Err..Kalau El cakap ni, umi jangan salah faham eh? El tanya ni saja - saja je okay? Jangan ambil serius eh umi?"ujar Elyana sambil memicit - micit lengan wanita itu.

Datin Farah tersenyum.

"El cerita lah dulu.."

Elyana mendekatkan dirinya dengan tubuh Datin Farah.Mulut didekatkan ke telinga umi suaminya itu.

"Umi, macam mana eh nak ambil hati Faer?"bisik Elyana perlahan.Cukup untuk dia dan Datin Farah saja yang dapat dengar.

Kerutan didahi Datin Farah beransur.Di ganti pula dengan sengihannya.Kes nak ambil hati Faer ke ni?

"Kenapa? El belum dapat lagi ke hati Faer tu?"

Mata Elyana membulat besar.

"Eh tak, bukan macam tu umi..Err.."laju Elyana menafikan.Bukan apa, dia tidak mahu wanita itu tahu yang Faer setuju untuk kahwin dengannya disebabkan satu janji.Dan bukannya atas rasa cinta yang sebenar.Dia tidak mahu wanita yang sudah dia anggap seperti ibu kandungnya sendiri itu risau dengan rumah tangga mereka.

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now