bab 8 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

8K 785 163
                                    

"Amin ya rabbal alamin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Amin ya rabbal alamin."Elyana meraup wajahnya untuk mengaminkan doa yang dia baca diakhir solatnya tadi.Satu sujud dilakukan lagi sebelum telekungnya di buka sebelum dilipat kemas.Begitu juga dengan sejadah berwarna ungu itu.

Seusai menyimpan telekung dan sejadah ditempatnya semula, langkahnya diatur pula menuju kekatil.Punggung dihenyak sedikit kasar keatas katil bersaiz king itu.

"Nak buat apa sekarang ni?"badannya di baringkan.Mata merenung jauh kearah siling biliknya.Mulut dimuncung, tanda dia betul - betul bosan.Nak turun bawah, mesti tiada kawan.Yelah, mama dengan papanya selalu tidur awal.Kalau boleh, habis saja solat isyak terus tidur.Dah makan awal, nak buat apa lagi kan?

Ting!

Elyana sedar dari lamunannya.Telefon bimbit yang berada tidak jauh daripada dirinya itu lantas dicapai.Punat on pada benda alah itu serta merta ditekan.

"Hafif?"bisik Elyana perlahan dengan kerutan didahi apabila melihat kontak nama Hafif yang terpapar di ruangan notifikasinya itu.Mahu apa pula dia ni?

Tidak menunggu lama, kunci telefon dibuka.Aplikasi Whatsapp menjadi sasarannya.Kontak nama Hafif ditekan laju.Mana lah tahu lelaki itu ingin meminta tolong kan? Lagipun tak baik untuk  melambat - lambatkan baca chat daripada orang.Haa, nanti urgent!

Hafif
-0126549087

Elyana mengerutkan dahi.Aik, nombor siapa pula yang Hafif bagi dia ni? Tak lain tak bukan, ni mesti salah orang.

Me
-Hafif, kau salah orang ni..

Hafif
-Tu nombor Faer..Aku tahu kau mesti nak kan nombor lelaki dingin tu? Entah apa yang buat kau minat dengan dia pun Aku tak tahu lah! Haa, anggap lah hadiah persahabatan dari aku..K bye.

Senyuman Elyana perlahan - lahan mulai mekar.Bibirnya dikemam bersama pipi yang kian bertukar rona.

"Oh my god, Hafif!"jerit Elyana dengan wajah yang sudah disembamkan keatas katil.Kaki siap digoyang - goyangkan lagi.

Setelah rasa bahagianya sudah reda 0.0001%, Elyana mengangkat kepalanya semula.Pipinya masih merah.Entah sebab apa pun dia tidak tahulah!

"Okay, aku patut ucap terima kasih dengan Hafif..Ya Allah, ni ke rezeki bagi orang yang baru habis solat? Haih, Allah memang tak pernah tak bagi bahagia pada hambanya.Terima kasih!"ucap Elyana dengan nada yang bersyukur.

Me
-Thanks, Hafif! You're the best! Nanti kalau kami kahwin, aku belanja kau nasi minyak banyak - banyak okay? Jangan risau, aku sendiri tempahkan untuk kau!

Bukan setakat nasi minyak dia belanja lelaki itu nanti.Sekali pakej kek kahwin lagi dia bagi.Itupun kalau dia kahwin dengan Faer lah.Hanya Faer Mahfuz!

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now