bab 44 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

10.7K 970 233
                                    

Faer menegakkan postur badannya yang sudah terasa sedikit lenguh itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faer menegakkan postur badannya yang sudah terasa sedikit lenguh itu.Matanya masih tajam diarahkan kewajah pekerja nya yang sibuk menerangkan hal ehwal syarikat dihadapan itu.Dengan postur badan yang tegak serta kedua pasang mata yang lurus terhala kehadapan, sudah cukup membuatkan para pekerja yakin bahawa dirinya sedang khusyuk menumpukan perhatian.Fokus!

Walaupun pada hakikatnya, Faer tidak pun mendengar dengan jelas segala jenis penerangan daripada pekerja - pekerja nya itu.Sejak awal mesyuarat lagi!

Kerana apa? Kerana, sejak awal pagi lagi, mindanya tidak henti - henti memikirkan sesuatu.Sungguh membuatnya pening!

"Beri isteri hadiah sekali sekala?"ya, itu lah yang dia dapat hasil carian 'cara - cara untuk membuktikan cinta kepada isteri' di internet semalam.Kalau pasal hadiah tu, dia tahu lah! Tapi apa yang dia nak bagi? Rumah? Kereta? Ataupun barang kemas? Tak pun, make up?

Perempuan kan minat benda - benda macam tu?

"Bos cakap apa tadi?"soal Irdina yang duduk tidak jauh daripada majikannya itu.Kalau dia tidak silap, lelaki itu ada berkata sesuatu tadi.Tetapi dengan nada yang sangat perlahan.Tidak jelas!

Faer menoleh ketepi.

"Cakap apa?"soalan pekerjanya itu dia jawab dengan soalan.Dahi berkerut.

Irdina menjongketkan keningnya sebelah.Aik, bosnya itu tiada bercakap langsung? Jadi, siapa punya suara tu?

"Oh tak ada apa - apa lah, bos..Saya silap dengan kot."tersengih - sengih Irdina berkata sedemikian.Hujung keningnya dia garu kekok.Aish, siapa pula suara yang dia dengar tadi tu? Silap - silap dicop gila pula dia oleh bosnya nanti!

Faer mengangguk sekali.Pandangan di bawa kehadapan semula.Namun, sama seperti tadi, fikirannya masih saja jauh menerawang.Ligat mencari idea.

Agak - agaknya apa yang sesuai dia berikan kepada Elyana? Handbag? Heels? Tudung? Ataupun ada lagi benda lain?

"Tapi, Elyana macam dah ada je semua barang - barang tu..Takkan aku nak bagi benda yang sama lagi? Naik bosan pula dia kalau macam tu..Hm...."tangan kanan sudah naik mengusap - usap rahang.Dahi dan keningnya pula bertaut erat.

Lagak seorang raja memikirkan masalah negara!

"Bos, bos cakap apa tu?"sekali lagi Irdina menyoal bila telinganya sipi - sipi dapat mendengar suara Faer.Lelaki itu perlu kan sesuatu ke? Ataupun majikannya itu tidak berpuas hati dengan meeting itu?

Faer menggeleng tanpa memandang wajah Irdina.Kini seluruh ruangan itu menjadi tatapan matanya.Cuba mencari apa - apa benda yang mungkin dapat dia hadiahkan kepada Elyana.Tapi, tiada!

Meja? Kat rumah dah banyak meja.

Kerusi? Elyana buat apa dengan kerusi?

Aircond? Semestinya tidak.

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now