Elyana menarik nafas dihadapan pintu kayu yang penuh dengan ukiran flora dan fauna itu.Dirinya yang sejak tadi berada dalam keadaan takut dan gelisah cuba ditenangkan.
"Kau boleh, Elyana! Ingat, kalau kau nak kahwin dengan Faer, kau mesti berjaya pujuk diorang..You can do it, El!"kata Elyana penuh semangat.Segala kata - kata negatif yang singgah difikirannya cepat diusir.
Matanya dipejamkan.Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan - lahan.Mata dicelikkan semula.Yeah, dia boleh!
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum!"ucap Elyana bersama debar didada.Bibirnya sudah digigit gelisah.
Selangi beberapa minit kemudian, pintu itu ditarik dari dalam.Seorang wanita yang dia kira sebaya dengan mamanya itu menyapa pandangannya.Cantik, awet muda!
"Cik ni siapa?"lembut suara itu bertanya.
Elyana menghadiahkan senyuman manis buat wanita itu.Kurang sikit rasa tertekan dalam dirinya bila melihat wajah peramah itu.Nampak baik saja pun?
"Tengku kan?"agak Elyana.
Wanita itu mengangguk.Garis hairan sudah terlakar pada wajah tersebut.Siapa pula gadis itu?
"Haah, kenapa? Ada apa - apa ke?"
Elyana menelan air liurnya.Mata dikelip - kelipkan.Tabiat dirinya apabila berada dalam keadaan berkira - kira untuk mengatakan sesuatu.Entah kenapa, rasa berdebar nya itu susah dibawa bincang!
"Err, boleh kita bincang sesuatu, tengku?"
Wanita itu mengerutkan dahi.
"Bincang apa tu? Boleh saya tahu?"soal wanita itu yang jelas ingin tahu.Apa yang ingin dibincangkan oleh gadis muda itu?
Elyana berdehem kecil.Majulah Elyana demi negara! Kau boleh, huwaa!
"Em, pasal kontrak tengku dengan Mahfuz's holdings? Tak pe jangan risau, semua yang tengku nak kali ni kami akan buat tanpa ragu - ragu lagi..Asalkan tengku dengan suami tengku tak batalkan kontrak dengan kami."ucap Elyana dengan nada separuh merayu.Tak nak merayu? Tak kahwin lah dia dengan Faer nanti.Jasa tengku akan dia kenang sepanjang hidupnya huhu!
Wanita itu mengeluh.
"Kamu balik saja lah..Saya dah malas nak teruskan kerjasama dengan syarikat tak bertoleransi itu..Buang masa dan duit saya saja.."kata wanita itu sebelum ingin menutup pintu tersebut.Malas mahu memanjangkan perbualan antara dia dan gadis muda itu.
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...