bab 37 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

10.2K 948 235
                                    

"Yes, bos? Ada apa - apa yang bos perlu ke?"tanya Irdina selaku pengganti bagi kak Aliyah yang sudahpun mengambil cuti bersalinnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yes, bos? Ada apa - apa yang bos perlu ke?"tanya Irdina selaku pengganti bagi kak Aliyah yang sudahpun mengambil cuti bersalinnya.Dia berdiri tegak tepat dihadapan meja majikannya itu.Dapat dia lihat yang lelaki itu sangat sibuk dan tekun dalam membuat kerjanya.

Sungguh workaholic orangnya!

"First, aku nak kau bagitahu semua orang yang jangan ada sesiapa pun ganggu aku seharian ni.Aku ada banyak kerja nak buat, tak de masa nak layan sesiapa..Kalau ada hal betul - betul penting just bagi aku melalui email ataupun kalau kau dapat buat, buat lah..Second, aku nak kau batalkan semua meeting aku hari ni or tangguh..Ingat, aku tak nak ada sesiapa yang ganggu aku, faham?"terang Faer tanpa angkat kepala pun.Jari - jemarinya lincah berlari diatas papan kekunci.Disebabkan dia telah mengambil cuti untuk pulang ke kampung nendanya, maka semua kerja nya tertangguh.Jadi, nak tak nak, terpaksa lah dia menyiapkannya.

Haih..

"Faham, bos."ujar Irdina dengan kepala yang dianggukkan.Kalau majikannya dah cakap awal - awal macam tu, memang betul lah tak nak kena ganggu.Hm, kalau ada orang ganggu agak - agak mati tak?

"Alright, you may out now."segala jenis maklumat yang tertera pada kaca skrin komputernya itu diteliti satu persatu.

Walaupun masih banyak kerja yang menanti dirinya, tapi dia tetap tidak mahu melakukan kerja dua kali.Kalau boleh, apa yang dia buat itu tiada sedikit pun kesalahan.Oleh sebab itu, dia perlu fokus dan teliti dalam hal sedemikian.

"Okay, bos."Irdina keluar dari ruangan tersebut dengan kadar segera.Sekaligus meninggalkan Faer bersendirian disitu.

Sudah 45 minit berlalu, dan Faer masih lagi khusyuk dengan kerjanya.Tiada tanda langsung untuk berehat mahupun berhenti.Apa yang dia tahu, semua kerja nya disitu perlu siap secepat mungkin.

Tok! Tok! Tok!

"Haish, aku dah cakap jangan ganggu aku..Ada juga yang tak reti - reti!"keluh Faer diselangi dengan rengusan kasar nya.Dia banyak kerja, tak faham ke?!

"Masuk!"

Tidak lama kemudian, terjengul kepala Irdina disebalik pintu bilik pejabatnya itu.Jelas terlakar satu senyuman takut - takut pada bibir pekerjanya tersebut.

"Kau nak apa?"kasar sekali nada yang digunakan oleh Faer.Raut garang juga sudah terpasang pada wajahnya.Hisy!

Irdina berdehem.Dalam hati sudahpun berkali - kali membaca doa penenang hati.Berharap jantungnya yang berdebar hebat kerana ketakutan berhadapan dengan Faer itu dapat kembali berdegup secara normal.Dia tak kan mati hari tu kan? Ya Allah, mampus lah dia!

"Err, ada orang nak jumpa dengan bos sekarang."beritahu Irdina.Seusai dia menuturkan ayat tersebut, bibirnya di kemam rapat.Namun, bacaan doa dalam hatinya tetap dibaca terus.Allahu..

Faer meraup wajahnya.

"Bukan aku dah pesan dengan kau ke tadi yang aku tak nak jumpa sesiapa hari ni? Aku baru pesan, tak sampai satu jam pun kau dah lupa..Tadi aku tanya faham ke tak, kau kata faham.Tapi sekarang dah jadi macam ni pula?"bebel Faer geram.

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now