bab 41 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

12.2K 1K 342
                                    

"Aduh, kenapa sakit sangat ni?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aduh, kenapa sakit sangat ni?!"

"Ya Allah, berdarah balik ke?"

"Mama! Sakit sangat - sangat lah!"

Faer menggeleng kepala dimuka pintu bilik.Sejak tadi lagi, telinganya tidak habis - habis disajikan dengan rungutan demi rungutan daripada Elyana.Serupa kanak - kanak yang dicuci lukanya!

Bising sangat!

Tanpa menunggu lama, Faer terus saja mengatur langkah untuk mendekati isterinya itu.Nanti kalau tak dibantu, memang sampai subuh esok pun tak juga tercuci lukanya itu! Haih, Elyana...

"Eh awak!"Elyana sedikit kaget apabila kelibat suami kesayangannya itu sudah pun duduk dihadapannya.Macam hantu pun ada Faer ni! Tiba - tiba saja muncul!

Tapi hantu handsome lah!

Faer tidak membalas.Wajahnya kekal dingin tanpa sebarang riak mahupun secalit senyuman.Tidak bertanya lagi, lengan Elyana yang sudah terdedah kerana ingin dicuci itu lantas dicapainya lembut dan penuh berhati - hati.Satu luka yang agak panjang dan sedikit dalam serta merta menyapa retina matanya.Luluh hatinya melihat.

"Mari sini cotton bud tu."pinta Faer dengan tapak tangan yang telah disua kepada Elyana.Wajah gadis itu memang dia tidak pandang langsung.Cuba untuk mengelakkan rasa debar didadanya.

Elyana memandang kearah cotton bud yang sudah basah dengan iodin di tangan kirinya itu.Beberapa saat kemudian, dia menggeleng kepalanya.Faer dipandang.

"Tak pe, awak..Saya boleh buat."kata Elyana.Dia bukannya apa, cuma dia tak nak menyusahkan lelaki tersebut dengan hal - hal remeh seperti itu.Apatahlagi bila dia perasaan yang emosi Faer pada ketika itu masih lagi sama seperti petang tadi.Walaupun sudah beberapa jam telah berlalu, wajah lelaki itu tampak masih jelas sedang menahan amarah.Apa yang dia marahkan pun, Elyana tak tahulah!

Faer menghela nafas.

"Just give it to me, Elyana."tegas dan keras suara Faer mengatakannya.Terselit juga sedikit keluhan pada suaranya.

Elyana berfikir seketika.Belum sempat dia ingin menolak lagi, Faer sudahpun merampas cotton bud tersebut dari pegangannya.Hish, main rampas je!

"Lambat."desis Faer.Tanpa membuang lebih banyak masa, luka dihujung lengan Elyana pantas dibersihkan.Sesudah itu, satu keping plaster dikeluarkan dari kotak first aid kit sebelum dilekatkan pada luka Elyana.Plaster itu ditekan - tekan sedikit agar dapat menutupi kawasan luka dengan sempurna.Dapat mengelak daripada dijangkiti kuman.

Elyana leka merenung wajah Faer yang sememangnya wajah paling indah di matanya itu.Tanpa sedar, satu senyum manis tersungging cantik dibibirnya.

Haih, indahnya ciptaan tuhan..

"Dah, pergi tidur awal."Faer masih lagi seperti tadi.Matanya sedaya upaya di kawal agar tidak bertentangan dengan iris - iris indah milik Elyana.Tapi kalau dah terkena penyakit angau, otak dan hati mana pernah nak bersatu.Semakin hatinya mengelak, semakin berusaha juga otaknya menghantar impuls ke matanya untuk mencuri pandang biar sesaat.Itupun sudah cukup membuatkan jantungnya hampir terhenti berfungsi!

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now