bab 12 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

8.2K 801 46
                                    

"Kami nak batalkan kontrak sekarang juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kami nak batalkan kontrak sekarang juga.Jangan risau, kami berdua tak akan kenakan pampasan langsung..Apa yang penting kami tidak akan bekerjasama dengan syarikat ini lagi..Apa yang kami inginkan tidak pernah ditunaikan."kata Tengku Arsyad dengan wajah seriusnya.


Faer tersenyum sinis.Kedua tangannya naik memeluk tubuh dengan badan yang disandarkan kekepala kerusi.Mata tajam merenung pasangan didepannya itu.

"Nak batalkan? Batalkan je lah, bukan aku yang rugi pun.."sinis sekali nada yang digunakan oleh Faer.Bukan apa, dia pun sudah tidak tahan melayan karenah cerewet pasangan itu.Apatah lagi dirinya yang hanya mempunyai tahap kesabaran senipis kulit bawang.Tak nak, sudah!

Tengku Arsyad mendengus geram.Tidak berapa berkenan dengan sifat sombong Faer Mahfuz itu.

Tok tok tok!

Lantas semua pasang mata terarah ke pintu yang perlahan - lahan dikuak dari luar itu.Tidak lama kemudian, kelibat seorang gadis menyapa pandangan mereka semua.Baik Faer, mahupun Aliyah serta pasangan tengku itu.

Elyana tersengih sebelum masuk ke dalam ruangan yang terasa penuh dengan tekanan itu.Air liur yang terasa seperti pasir dikerongkong cepat ditelan.

"Hai?"

Faer mengerutkan dahi memandang Elyana yang sudah mengatur langkah menghampiri meja mesyuarat itu.Apa lagi yang diinginkan oleh gadis itu?

"Kau kenapa datang ni?"soal Faer dengan kerutan didahi.Dia yang menyandar tadi kini sudah tegak duduk.Janganlah, gadis itu mahu menimbulkan masalah lagi!

Elyana mengenyitkan matanya kearah Faer sebelum kaki diatur mendekati pasangan tengku itu.Soalan Faer tadi tidak dibawa langsung.Nanti - nantilah dia jawab.Nak kahwin juga kan? Uhuk!

"Hai tengku! Masih ingat saya tak? Alah, yang datang rumah tengku hari tu.."kata Elyana dengan senyuman lebar.Wajah tengku Irma dipandang.Harap - harap lah masih ingat, huhu..

Tengku Irma mengangguk dengan sedikit teragak - agak.Dia ingat wajah itu.Gadis yang telah dia tampar empat hari lalu kerana terlalu ikutkan perasaan marah.

Elyana tersenyum lebar.Yes, nampaknya wanita bergelar tengku itu masih kenal dengan dirinya.Terasa bangga sekejap!

"Siapa ni Irma?"soal Tengku Arsyad yang tidak mengenali gadis langsung.Macam mana pula isterinya boleh kenal dengan perempuan muda itu? Nak kata kawan, macam tak sama umur sahaja!

"Ini-"

"Tak pe, tengku..Tengku tak perlu kenal pun saya siapa..Yang penting sekarang ni saya nak tengku jangan dulu batalkan kontrak dengan syarikat ni.."potong Elyana tanpa sempat Tengku Irma menghabiskan ayatnya.Biar cepat, asalkan selamat.Eh macam tu ke?

Tengku Arsyad berpeluk tubuh.Gadis yang berdiri tidak jauh daripadanya itu dipandang penuh sinis.Siapa pula gadis ini sampai berani nak halang keputusan nya?

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now