"SO THAT'S ALL FOR MY SCHEDULE TODAY?"
Mata Irdina laju terhala ke skrin tablet yang berada dalam pegangannya itu semula.Maklumat - maklumat yang sejak awal lagi sudah dia tulis dalam notes itu dia baca dari atas sehingga bawah.Perhatian dia berikan sepenuhnya.Tidak ingin melakukan kesalahan dengan terlepas satu agenda sekalipun!
"Ya, itu saja untuk jadual bos hari ini."balas Irdina setelah yakin yang dia sudah melaksanakan tugasnya dengan baik.Atau lebih tepatnya lagi, semua yang patut majikannya itu lakukan pada hari tersebut telahpun dia maklumkan.
Faer mengangguk faham.
"Good, you may out now."punat kecil dihujung komputer depannya itu dia telan sekali.Selang beberapa saat kemudian, skrin yang gelap tadi kini sudah berubah ke gambar pernikahan nya dengan Elyana.Bibirnya serta merta mengorak satu senyuman bahagia.
Yes, dia memang sengaja tetapkan gambar itu untuk menjadi wallpaper komputernya.Malah telefon bimbit serta gajetnya yang lain juga sama! Supaya apa? Supaya setiap kali dia on kan benda - benda alah itu, pasti gambar bersejarah itu akan menyapa retina matanya terlebih dahulu.Dan walaupun sudah hampir beribu kali dia melihat gambar itu, bibirnya pasti akan bergerak membentuk satu senyuman yang pastinya bahagia serta tidak dibuat - buat.
"Oh, sebelum tu bos..Pagi tadi, Tan Sri Umar ada datang dengan isteri dia..Dia kata nak jumpa dengan bos, tapi bos kan lewat masuk office pagi tadi."beritahu Irdina.
Dahi Faer berkerut.Raut hairan turut terpasang pada wajah kacaknya.
Kenapa pula kawan uminya itu tiba - tiba saja ingin bertemu dengannya? Ada apa - apa masalah ke?
"Tan Sri Umar dengan isteri dia? Why?"
"Mereka kata, mereka nak jemput bos dan keluarga bos untuk hadir ke majlis ulang tahun perkahwinan mereka pada minggu depan nanti.Itupun kalau bos ada masa lah, sebab venue dia bukan kat sini, tapi kat Sabah..Hilton Hotel."terang Irdina dengan senyuman.Dalam minda nya masih jelas terbayang kemesraan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Umar dengan isterinya tadi.Tidak kekok dan plastik langsung! Semua realistik!
The real, semakin berusia, semakin cinta.
Dia ada dengar juga yang Tan Sri Umar dan Puan Sri Arifah itu bukan saja dikenali kerana kekayaan dan kebesaran mereka dalam dunia konglomerat.Akan tetapi, mereka juga turut terkenal kerana beberapa perkara yang lain.
Contohnya, suka melakukan amal kebajikan dan satu lagi, hubungan mesra antara suami isteri mereka masih kukuh dan erat walau sudah berpuluh tajuk berlalu sejak pernikahan mereka.Haih, pasangan itu sangat sesuai untuk dijadikan sebagai teladan dalam hubungan rumah tangga pada masa kini!
"Their anniversary? At Sabah? Next week?"Faer mengusap tepi rahangnya dengan otak yang ligat berfikir sama ada ingin pergi ke majlis itu ataupun tidak.
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...