bab 40 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

10.9K 968 62
                                    

Elyana memerhati wajah tegang Faer yang sedang sibuk berbicara dengan seorang polis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elyana memerhati wajah tegang Faer yang sedang sibuk berbicara dengan seorang polis itu.Entah kenapa takut pula dia melihat wajah suaminya pada ketika itu.Macam marah pun ada!

"Nak.."panggil Puan Suriani sambil merenung lembut wajah gadis yang berdiri tidak jauh darinya itu.Gadis yang menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa amukan Nizan.

Elyana lantas menoleh apabila terasa dirinya dipanggil.Kakinya kemudian di atur merapati wanita tua yang sedang duduk menyandar didalam kereta polis itu.Senyuman manis diukirkan.

"Nenek panggil saya ke? Kenapa?"soal Elyana lembut seraya merendahkan sikit tubuhnya agar sama ketinggian mereka berdua sama.Lebih selesa berbual!

Puan Suriani mencapai kedua tangan Elyana sebelum diramas lembut.Mata nya sudah berair menahan rasa sebak.

"Terima kasih bantu nenek..Kalau tak ada kamu tadi, nenek tak tahu lah apa yang akan Nizan buat pada nenek tadi! Mungkin dah mati dah pun."kata Puan Suriani ikhlas.Sekilas, Nizan yang berada didalam kereta polis satu lagi dilihatnya.

Sayu hati nya ketika itu.Langsung dia tidak menyangka yang lelaki itu sanggup berbuat sedemikian.Cucu yang disayang sejak kecil lagi, kini sudahpun membuat kan dirinya kecewa.Terlalu kecewa!

Elyana tersenyum.Tubuh tua itu dibawa kedalam pelukan eratnya.Beberapa saat kemudian, pelukan itu dirungkaikan.

"Nek, jangan cakap macam tu..Allah bagi ujian berat ni dengan nenek sebab Allah tahu nenek kuat..Nenek mampu untuk menghadapi ujian ini..Percayalah, akan ada hikmah disebalik semua ni."nasihat Elyana sopan.Dia tahu perasaan wanita tua itu.Pasti saja kecewa yang teramat!

Siapa saja yang tak kecewa kalau berada didalam masalah begitu? Cucu sendiri ialah seorang penagih dadah? Sanggup memukulnya demi mendapatkan duit?

Sungguh perit untuk ditelan.

Puan Suriani senyum.Air matanya dikesar menggunakan hujung baju kurung.Wajah cantik dihadapannya itu dipandang semula dengan pandangan tunaknya.Tak sangka, masih ada lagi manusia yang saling prihatin dengan keadaan sekeliling seperti gadis itu.

"Siapa lelaki tu? Suami kamu ke?"tanya Puan Suriani sekaligus mengubah topik mereka tadi.Matanya melirik kearah lelaki yang segak dalam kemejanya itu.

Elyana menoleh kebelakang untuk melihat kelibat yang dimaksudkan oleh Puan Suriani itu.Satu senyuman manis serta merta tersungging dibibirnya kemerahannya sebaik melihat wajah kacak si suami.Haih, handsome sangat!

"Haah, nek..Itu lah suami kesayangan saya! Kacak dan bergaya kan?"beritahu Elyana dengan penuh bangga.Well, dia bangga kerana memiliki lelaki bernama Faer Mahfuz itu! Salah satu harta pusaka nya yang paling berharga didunia.

Puan Suriani ketawa.Dapat dia lihat yang Elyana memang betul - betul sayangkan suaminya itu.Lihat dari mata gadis itu saja dia sudah dapat tahu.Bersinar!

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now