bab 42 |𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

11.6K 971 209
                                    

Datin Farah memandang sayu kearah Elyana yang sedang menikmati sarapan nya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Datin Farah memandang sayu kearah Elyana yang sedang menikmati sarapan nya itu.Kejadian yang menimpa gadis itu pada malam tadi masih segar berlegar - legar dikotak memorinya.Air matanya jatuh tanpa dipinta.Rasa bersalah juga semakin menyesakkan dadanya.

"Elyana.."

Elyana yang sejak tadi enak menjamu selera sambil sesekali mencuri pandang kearah Faer itu lantas menoleh ketepi bila terdengar namanya dipanggil.Begitu juga dengan Faer.Dan alangkah terkejut nya mereka bila melihat wajah Datin Farah yang sudah basah lencun dek kerana air mata itu.Umi menangis?

"Umi, kenapa ni? Ada masalah ke?"soal Elyana risau.Kini dia sudahpun berdiri tepat disebelah wanita itu.Bahu Datin Farah dirangkul nya erat dari tepi sebelum diusapnya perlahan.Cuba untuk menenangkan emosi mertuanya itu.

Faer pula hanya sekadar menjadi pemerhati dari tempat duduknya.Namun begitu, raut risau dan hairan tetap terpasang pada wajahnya.Apa yang dah jadi sampai uminya boleh menangis?

"Elyana, maafkan umi.."ucap Datin Farah yang sudah memeluk tubuh Elyana.Air matanya tidak henti - henti mengalir.

Elyana mengerutkan dahi.Wajah Faer dipandangnya sebelum keningnya di angkat.Bingung pula dia jadinya!

Faer menggeleng kepala sebelum bahu nya dijongketkan sekali.Dia pun tak tahu kenapa uminya boleh menangis.

"Umi, kenapa ni? Apa yang umi nak minta maaf dari El n?"kata Elyana dengan suara yang lembut.Belakang Datin Farah juga digosok - gosoknya.

Risau pula dia bila melihat keadaan mertuanya yang tidak henti - henti menangis itu.Sampai tersedu - sedan!

Datin Farah melonggarkan pelukan seraya kedua tapak tangan miliknya ditekapkan kewajah Elyana.Wajah isteri anaknya itu dipandang dengan mata yang masih berair.Dia bersalah sangat!

"Maafkan umi, El..Kalau umi tak suruh kamu pergi beli seorang - seorang malam tadi, mesti semua ni takkan jadi..Umi minta maaf sangat - sangat, sayang."

Elyana menjongketkan keningnya sebelah.Minda cuba mencerna kata - kata yang baru keluar dari mulut Datin Farah itu.Jadi umi menangis sebab rasa bersalah dengannya tentang kejadian malam tadi? Lah, ingatkan apa lah tadi!

"Umi, semua tu dah ditetapkan, okay? Jadi, umi jangan lah salahkan diri sendiri lagi eh? Lagipun El tak luka mana pun, kat lengan je..Itupun dah kena rawat dengan anak umi tu."lembut saja Elyana memujuk wanita yang sebaya dengan mamanya itu.Tiada langsung ciri - ciri menyalahkan pada nada mahupun raut pada wajahnya.Dia nak salahkan Datin Farah buat apa? Bukannya wanita itu yang lukakan dia kan? Tak berkaitan!

Datin Farah mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju.

"Jadi, lengan El macam mana? Dah okay ataupun masih sakit? Tak nak umi teman kan pergi hospital ke harini? Ataupun panggil doktor je datang rumah?"kalut Datin Farah menyoal.Kedua tangan Elyana sudah digenggamnya erat.

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now