Elyana menghentikan langkah.Kemeja berwarna navy blue yang berada dihadapannya itu dia pandang dengan kerutan didahi.Minda ligat berfikir.
"Em, macam sesuai je dengan Faer.."
Bila terfikirkan suami kesayangannya itu, lantas bibir Elyana mulai membentuk satu senyuman.Manis dan bahagia! Haish, tak boleh jadi ni! Fikir pasal Faer pun boleh buat dia senyum - senyum macam orang gila!
Kuat betul penangan lelaki dingin itu! Eh tak, sekarang Faer dah tak dingin.Makin manja adalah! Asyik nak melekat saja dengannya!
Kadang - kadang bila dia mengingat semula perangai dingin Faer sebelum ini, macam tak percaya pula! Yalah, tengok saja perangai suaminya itu sekarang..Berbeza habis! Tapi tidak mengapa, sebab dia suka sangat!
Ahaks!
"Cik nak beli kemeja tu ke? Untuk siapa? Ayah ataupun abang? Ataupun boyfriend?"
Segala lamunan Elyana tentang Faer tadi serta merta hilang ditiup angin.Dengan keadaan diri yang masih terpinga - pinga, dia terus menghalakan pandangan matanya kearah pekerja wanita yang baru saja menegurnya itu.Sekaligus, mematikan lamunannya sebentar tadi.
"Apa dia?"soal Elyana dengan mata bundar nya.Namun dalam masa yang sama, dia sempat mengerling kearah tanda nama pekerja tersebut.Ahidah Raimi, namanya.
Pekerja itu tersenyum.
"Cik nak beli kemeja tu ke? Untuk siapa? Ayah? Abang? Ataupun boyfriend?"sekali lagi soalannya diulang.Wajah cantik pelanggan nya itu dipandang tepat dengan senyuman.
Elyana mengangguk - anggukkan kepalanya seiring dengan tawa halus yang keluar dari mulutnya.Tangan naik menekup mulut.
"Saya tak ada boyfriend lah, saya ada husband je.."terkekeh - kekeh Elyana sambil menuturkan ayat tersebut.Apa? Dia nampak comel sangat ke sampai semua orang tak terfikir yang dia dah berkahwin? Oh gosh!
'Faer Mahfuz, awak kena beruntung sebab dapat isteri yang comel, cantik lagi mithali ini..Jarang - jarang sekali ditemui! Ahaks!'
"Oh, maafkan saya puan..Ingatkan puan belum berkahwin tadi, nampak comel je!"kata pekerja itu dengan raut wajahnya yang sudah berubah.Bersalah barangkali kerana pandai - pandai saja memanggil Elyana dengan panggilan 'cik' dan bukannya 'puan'.Senyum janggal dia pamerkan.
Elyana tersengih.Pipi yang sudah panas menahan segan itu dia garu perlahan.Tahu lah dia comel, tapi janganlah puji - puji sampai macam tu..Boleh terbang dia!
"Tak mengapa.."
Pekerja itu melepaskan keluhan lega.Dia juga turut mengurut dadanya.Lega bila Elyana tidak berapa berkira dengan kesalahan ringannya sebentar tadi.
Elyana mengalihkan pandangan matanya semula kearah kemeja tadi.Dagu sempat dia ketuk - ketuk buat sejenak.Selang beberapa saat kemudian, senyumnya mulai terukir di wajah.Tangan kanannya naik.Mahu capai kemeja yang tersangkut kemas ditempat sangkutan besi itu.Namun, belum sempat tangannya mencapai, ada tangan lain yang terlebih dahulu merampas kemeja itu.
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Storie d'amore[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...