Datin Elana menghampiri tubuh yang berpusing - pusing dihadapan cermin itu.Senyuman manis terhias pada wajah tuanya bila melihat baju nikah berwarna putih yang tersarung pada tubuh anak gadisnya itu.Cantik saja dimatanya!
"El, sayang.."panggil Datin Elana lembut.
Elana yang dari tadi sibuk menggayakan baju nikah dibadannya itu terus menoleh kearah suara tersebut.Wajah mamanya serta merta memenuhi ruang mata.Dia tersenyum lebar.
"Mama.."tanpa menunggu lama, Elyana terus berlari anak menuju kearah Datin Elana.Tubuh itu dipeluk seerat - eratnya.
Datin Elana membalas pelukan itu dengan senyuman yang masih kekal diwajahnya.Senyuman bahagia seorang ibu dihari pernikahan anak gadisnya..
"Dah nak kahwin pun anak dara mama yang seorang ni..Rasa macam baru je mama lahirkan El semalam kan?"kata Datin Elana yang cuba mengimbau kenangan dulu.Kenangan indah dimana dia dan suaminya dikurniakan anak.
Elyana ketawa mendengar kata - kata mamanya itu.Boleh pula macam tu!
"El memang dah lama membesar..Mama tu je yang makin lama makin awet muda! Sebab tu lah sampai tak perasan yang El makin tua ni.."gurau Elyana.Pelukan itu dileraikan sebelum wajah mamanya di tatap lama.Dah tua pun masih cantik!
Kedua tangan Datin Elana naik menekup pipi kanan dan kiri Elyana.Kini airmata kegembiraannya sudah bertakung.
"Eh, mama! Kenapa sampai menangis ni? Alah..Tak nak lah sedih - sedih."Kalut Elyana dibuatnya.Airmata mamanya itu laju dikesat menggunakan tangan.
Dalam tidak sedar, mata Elyana juga sudah mulai berkaca.Pandai larang orang nangis, rupanya dia sendiri pun menangis.Cengeng!
Datin Elana tersenyum.Anaknya itu tidak pernah berubah langsung.Nampak orang menangis, dia pun nak menangis.
"El, nanti lepas kahwin, jangan pernah lawan cakap Faer tau? Walaupun apa yang dia kata tu tak betul, cuba cakap elok - elok..Ingat, bila dah jadi isteri orang ni, kita mesti selalu jaga aib suami..Jangan jaja keburukan suami dekat orang lain..Kalau bergaduh, cuba cari jalan penyelesaian yang baik.."pesan Datin Elana panjang lebar.Dia harap, Elyana faham dengan apa yang dia kata kan itu.Dalam hati, berdoa agar rumah tangan anaknya itu sentiasa bahagia.
Tangisan Elyana semakin menjadi - jadi sebaik mendengar ucapan mamanya itu.
"Ma-ma..Ja-jangan lah bu-buat El nangis macam ni.."kata Elyana dalam tersedu - sedannya.Wajahnya sudah memerah.
Datin Elana tertawa.Lantas tubuh itu ditarik kedalam pelukannya.Belakang badan gadis itu digosok perlahan.
"Yang El nangis sekali ni kenapa? Dah, jangan nangis..Nanti luntur pula make up tu..Haa, terkejut pula Faer nanti bila nampak kamu!"usik Datin Elana dengan tawanya.Pelukan dileraikan sebelum air mata Elyana dikesat dengan penuh hati - hati.Tidak mahu merosakkan kecantikan gadis itu.Yelah, dah penat - penat buat kan? Takkanlah nak rosakkan macam tu sahaja..
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...