Elyana mencelikkan matanya.Badan yang terasa lenguh kerana telah tidur semalaman itu diregangkan.Satu nafas lega dilepaskan.Syukur masih hidup.
"Eh, suami siapa yang kacak ni??"soal Elyana dengan riak terkejut.Wajah lelaki yang masih lena dihadapannya itu di pandang dengan penuh perhatian.
Kenapa sempurna sangat ni? Siapa ni??
"Eee bertuahnya isteri dia dapat suami macam ni..Biar tidur pun, tetap nampak handsome..Harap - haraplah aku pun dapat suami macam ni.."sambung Elyana lagi dengan riak kecewa.Pipi lelaki itu di usap - usap perlahan.Haih, handsome!
Tidak lama kemudian, Elyana mulai tersengih lebar.Riak sedih dan kecewa nya tadi serta merta terbang hilang.
"Sike, he is my husband! Ya Allah, betapa bertuahnya seorang Elyana sebab telah dikurniakan suami yang tampan seperti Faer ni..Huwa, my biggest flex!"katanya dengan nada yang teruja.Wajahnya laju disembamkan kebantal.Betapa bahagia nya dia bila bangun saja dari tidur, terus nampak wajah Faer yang boleh meragut nyawa orang ramai itu!
Elyana mengangkat kepalanya semula daripada bantal.Wajah Faer dipandang dengan senyuman manis.Kejadian pada malam semalam serta merta terlayar kembali dikotak ingatannya.
"Awak, pusinglah hadap saya!"
Faer menggeleng laju.Posisinya yang dari tadi membelakangi Elyana dikekalkan.
"Kau tidur je lah, Elyana.."kata Faer yang sudah mengantuk itu.Matanya dipejam erat, cuba untuk tidur.Gadis yang duduk berlipat kaki dibelakangnya itu tidak di hiraukan langsung.Lama - lama pandai lah tu diam kalau dah penat.
Elyana merengus geram.
"Awak, cepatlah pusing..Saya janji saya takkan kacau awak dah! Betul, janji!"kata Elyana sambil mengangkat tangan kanan nya separas bahu.Serupa orang berikrar!
Faer tetap diam.Malas mahu melayan perangai entah - entah Elyana itu.Huh!
Elyana mencebik.Oh tak nak eh?
"Weyh Elyana! Lepaslah!"jerit Faer sedikit kuat.Kedua tangan Elyana yang melingkar kemas dipinggangnya itu cuba untuk di leraikan.Dia nak tidur pun tak boleh ke?!
Elyana tersengih sambil memeluk tubuh tak berbaju Faer dari belakang.Wangi!
"Awak pusing dulu baru saya lepas."
YOU ARE READING
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK
Romance[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku seca...