bab 39 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

9.5K 887 64
                                    

Faer mengerling jam tangan yang berlilit kemas dipergelangan tangan kirinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faer mengerling jam tangan yang berlilit kemas dipergelangan tangan kirinya itu.Tidak lama kemudian, matanya di halakan pula ke skrin telefon bimbit.

Sama seperti tadi, gelap!

Jam sudah menginjak keangka tujuh, Elyana masih belum lagi mengirimkan apa - apa pesanan kepadanya.Sudah dua jam berlalu sejak Elyana meminta izin daripadanya.Takkan gadis itu belum pulang - pulang lagi? Jauh sangat ke kedai yang dia pergi tu? Bukan kat simpang perumahan mereka je ke?

Entah mengapa, hatinya tiba - tiba saja menjadi gusar.Fikiran menjadi kacau.

"Bos, bos pasti ke tak nak tangguh meeting ni pergi esok? Bos memang nak sambung terus ke hari ni?"tanya Irdina yang duduk didepan Faer itu.Pada ketika itu, mereka sudahpun duduk menunggu didalam restoran hotel lima bintang untuk perjumpaan mesyuarat yang seterusnya bersama wakil syarikat Lucky Holding.

Sejujurnya, dia juga sudah terlalu penat untuk meneruskan meeting itu.Bayang kan, satu hari ini saja, sudah lima perjumpaan yang mereka hadiri.Tak apa lah kalau mesyuarat tu semuanya diadakan disyarikat mereka sendiri.Tapi tak, setiap mesyuarat pasti akan bertukar tempat.Mahu putus kakinya berjalan sana sini dengan heels tiga inci itu.Belum lagi cerita dengan make - up nya! Entah sudah berapa kali dia betul kan.Habis berminyak mukanya!

Tapi kalau dia nak merungut pun, siapa lah dia kan? Dia pun hanya pekerja bawahan yang dibayar gaji setiap bulan.

Jadi, terima saja lah..

"Haah...Maybe."balas Faer yang sudah sedikit goyah dengan keputusannya.Dahi nya berkerut seribu.Cuba untuk berfikir perkara - perkara positif tentang Elyana dan menjauhi segala benda negatif.

Irdina memasang raut pelik.Maybe? Apa maksud majikannya itu? Kenapa kata - kata lelaki itu kedengaran tidak yakin dipendengarannya? Bukan dia ke yang berkeras nak habiskan semuanya hari ni juga sebab nak luangkan masa dengan bini dia? Ada apa - apa yang jadi ke?

"Kenapa pula bos kata macam tu?"

Faer memandang Irdina.Namun begitu, fikirannya masih saja menerawang jauh memikirkan isterinya.Riak risau jelas terpasang pada wajahnya.Bercampur - baur dengan riak kepenatannya.

"Aku nak tanya kau something."ujar Faer serius.Tiada secalit pun senyuman pada wajahnya.Badan ditegakkan.

"Apa dia, bos?"soal Irdina dengan dahi yang berkerut hairan.Kenapa dengan bos dia ni? Nak tanya apa? Nak tanya berapa bonus dia nak ke untuk bulan ni?

Faer berdehem.

"Contohnya teman lelaki kau nak pergi jauh dari kau..Lepastu, kau ada pesan untuk chat kau bila dia dah sampai nanti..Tapi dah berapa jam berlalu, dan teman lelaki kau masih lagi belum bagitahu apa - apa..Kau rasa kenapa?"

Irdina menggaru hujung keningnya.

"Em, mungkin telefon dia habis bateri? Ataupun, tempat yang dia pergi tu tak ada line? Or, dia lupa?"jawab Irdina sebaik mungkin.Nanti kalau silap cakap sikit, kena potong pula gajinya! Bercakap dengan bos ni memang tak boleh main - main.Apatahlagi dengan Faer Mahfuz!

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now