bab 20 | 𝒽𝑒𝓇 𝒽𝓊𝓈𝒷𝒶𝓃𝒹

10K 840 120
                                    

Faer berdiri didepan cermin separuh besar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faer berdiri didepan cermin separuh besar itu.Tali leher yang berwarna biru gelap diatas meja solek itu dicapai.

"Eh, awak!"

Faer yang baru saja ingin mengikat tali leher itu lantas terhenti.Elyana yang sudah berlari anak mendekatinya itu diperhati melalui cermin.

Apa lagi yang minah ni nak?

"Hai, awak! Good morning!"ucap Elyana sebaik tiba dihadapan Faer.Satu kucupan lembut dilabuhkan pada pipi kanan Faer.

Nanti Faer marah? Tak pe, mati tanam!

"Elyana! What are you doing?!"mata Faer sudah membulat besar.Perlakuan Elyana itu tadi sangat membuatkan dia terkejut.

Tak, siapa saja yang tidak terkejut kan selepas kena cium tiba - tiba?!

Elyana tersengih.

"Awak kan belum dapat lagi morning kiss awak harini..Jadi, saya bagilah!"riang saja nada yang digunakan Elyana.Tidak bersalah langsung dengan perbuatannya tadi.Lagi bahagia adalah!

Peluang keemasan jangan dilepaskan!

"Sejak bila aku ada minta morning kiss bagai dari kau ni hah?"marah Faer sambil tangannya mengelap kawasan pipinya yang menjadi sasaran bibir Elyana itu tadi.Nanti kalau ada kesan gincu, dia juga yang diketawakan nanti!

Elyana ketawa lucu.Tali leher yang berada dipegangan suaminya itu lantas diambil.Dia rasa macam nak pasangkan tali leher pula untuk lelaki sombong itu..

"Kau nak buat apa lagi ni Elyana? Kau tahu tak yang aku ni nak pergi-"

Elyana menekup mulut Faer.Kepalanya digeleng perlahan.Haa, siapa kata hanya perempuan yang kuat membebel? Jadi Faer Mahfuz ni? Perempuan juga ke?

"Awak boleh diam tak sekejap? Saya nak tolong awak ikatkan tali leher ni pun tak senang tahu tak? Membebel je kerja! Nasib baik handsome muka tu.."tutur Elyana yang bercampur baur dengan kutukan buat lelaki didepannya itu.Sekali sekala tak apa kan? Heheh!

Faer mendengus geram.Elyana yang mulai mengikatkan tali leher kelehernya itu dibiarkan.Malas mahu membantah..

"Awak awak..Saya ada soalan ni.."

Faer menggulingkan matanya keatas.Dah mula dah soalan - soalan bodoh dia ni!

"Aku tak nak jawab."

Elyana mencebik.Ingat dia akan biarkan je ke? Heh, this is Elyana Erika okay!

"Awak tak nak jawab, saya takkan biar kan awak pergi kerja..Bos juga kan? Tak datang sehari tak pe kot kan? Kan?"ugut Elyana dengan senyuman sengetnya.

Faer memejamkan mata.Helaan nafas beratnya dilepaskan.Haih, pagi - pagi lagi dia sudah diuji dengan karenah Elyana!

"Sejak bila kau pandai mengugut aku ni Elyana?"

SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAKWhere stories live. Discover now