Tuan Tua Lan tetap tidak berganjak seperti dia tidak mendengar pengumuman pembantu rumah itu, namun, ekor matanya jelas terarah ke pintu.
Di bawah sinaran matahari, sosok Bai Yan yang indah tidak lama kemudian jatuh ke pandangan mata mereka. Walaupun sebelum ini dia tidak pernah melangkah masuk ke Rumah Lan, Lan Yu masih berpeluang melihat anak saudaranya ini beberapa kali.
Bai Yan ketika itu sangat kecil dengan personaliti yang pemalu, dan lebih kerap bersembunyi di belakang Bai Xiao tanpa menjelajah di tempat terbuka. Tetapi kini, wanita yang berdiri di situ masih sangat langsing dengan satu perbezaan yang ketara. keyakinan! Tiada satu pun perkataan 'pengecut' dapat ditemui dalam aura gadis itu.
Lan Yu mengeluh kerana perubahan melampau anak saudaranya. Sejujurnya dia tidak pernah menjangkakan seseorang boleh menjadi begitu berbeza selepas enam tahun.
“Humph!” Tuan Tua Lan mengalihkan pandangannya ke Bai Yan dan dengan marah berkata, “Siapa suruh kamu bawa gadis ini? Saya tidak mahu berjumpa dengannya!”
Sebagai tindak balas, puan tua itu dengan licik menegur suaminya: “Kalau begitu, saya rasa kami patut ambil pergi dari sini. Dengan ini cucu perempuan kita di sini tidak perlu mendengar jeritan kamu!”
Pada masa itu, dia berpaling dan menarik Bai Yan untuk pergi bersamanya. "Sayangku, marilah kita pergi dan jangan pedulikan lelaki tua ini!"
“AWAK…” Tercungap-cungap melihat keberanian isterinya, Tuan Tua Lan batuk teruk selepas hilang ketenangan.
Seperti biasa, Lan Yu cepat-cepat berlari untuk menenangkan belakang lelaki tua itu.
“Huh-huh-huh, baiklah! Memandangkan kamu sudah kembali, apa guna untuk menghalaunya, jika tidak dunia akan mengatakan lelaki tua ini tidak berperikemanusiaan! Saya akan biarkan dia tinggal tanpa rasa berat hati.” Dengan susah payah, datuk tua itu akhirnya menyatakan perkara ini dengan mukanya yang memerah.
Kepala tua ini, serius, tidakkah dia tahu dia hanya membuka jalan menuju ke curam? Puan Lan mula mempersoalkan keadaan mental suaminya.
“Sayang, datuk kamu ini sungguh tidak jujur. Tadi apabila dia mengetahui kepulangan kamu, dia terus menghubungi Nenek Sun untuk mendapatkan kamu. Tetapi sekarang apabila awak sudah berada di sini, dia pulak buat muka. Hanya meminta untuk dimarahi.” Puan Tua Lan dengan gembira menerangkan perkara ini kepada Bai Yan, memastikan gadis itu tidak mengambil jalan yang salah dan meninggalkan Tuan Tua Lan dalam situasi yang memalukan.
“Pakcik, boleh saya lihat penyakit apa yang ada pada datuk?” Bai Yan menoleh ke Lan Yu dan bertanya.
Terpaku seketika, lelaki itu tidak terlalu memikirkannya dan hanya mengangguk atas permintaan itu. “Kalau kamu mahu, sila teruskan sayangku. Kami sudah kehabisan idea untuk penyakit datuk kamu…”
Tidak berlengah selepas mendapat persetujuan, Bai Yan sudah pun duduk di atas katil untuk memberi pemeriksaan kasar kepada datuk tua itu, sekali gus memberinya gambaran yang dekat tentang penyakit itu.
“Badan datuk semakin merosot dan organnya perlahan-lahan mati. Kalau dia tidak mendapatkan rawatan segera maka dia tidak akan dapat bertahan lebih daripada beberapa tahun."
Dengan tegang dalam hatinya, Lan Yu membuat senyuman pahit. "Memang seperti yang kamu katakan. Apabila saya membawa beberapa ahli alkimia untuk memeriksa ayah, mereka semua membuat kenyataan yang sama dan berkata hanya pil Biorestorasi Dan gred empat boleh menyelamatkannya. Namun, di manakah kita harus mencari ubat yang begitu berharga sekarang. Malah keluarga diraja hanya mempunyai beberapa di dalam peti besi mereka…”
Bertahun-tahun yang lalu keluarga Lan mungkin mampu membeli pil seperti itu, tetapi selepas mereka membelanjakan segala-galanya untuk membantu mengumpulkan mas kahwin Lan Yue dengan pil gred tiga itu, mereka kini jatuh miskin. Pil gred empat mungkin hanya mempunyai perbezaan satu perkataan, harga yang diminta sangat mahal seperti syurga dan bumi berbanding pil gred ketiga yang berkualiti rendah. Tambahan pula, tidak ramai ahli alkimia yang mampu mencipta pil Dan gred empat di kerajaan ini sebagai permulaan.
Nota: sistem penggredan pil adalah lebih baik apabila ia meningkat dalam kedudukan. Jadi 1 adalah terendah dan 10 adalah tertinggi dan lain-lain.
Mula-mula memandang bapa saudaranya Lan Yu, kemudian kembali ke neneknya, Puan Tua Lan, Bai Yan dengan malu-malu menggaru hidungnya kerana malu.
“Kebetulan saya mempunyai pil Biorestorasi Dan, tetapi kerana ia dibuat oleh shifu saya semasa salah satu sesi latihannya, kesannya hanya biasa. Namun begitu, ia sepatutnya cukup untuk membantu datuk di sini.”
YOU ARE READING
MUSANG BERHARGA YANG COMEL : DOKTOR ILAHI IBU MEMBALIKAN SYURGA!
Fantasy~ This is not my own story~ ALL CREDITS BELONG TO THE OWNER💜💜 > Terjemahan ini adalah dari saya sendiri 🤗 Dia adalah keturunan keluarga Aristokrat Cina Purba. Baru sahaja berhijrah ke dalam tubuh wanita muda yang penuh dengan afrodisiak, dia ti...