Mereka menyangka Bai Yan hanya melarat kerana kematian ibunya, tetapi kini nampaknya lebih banyak perkara yang ditunjukkan di permukaan.
"Jangan dengar dia mengarut!" Bai Zhi tidak peduli dengan penyamarannya lagi dan bercekak pinggang sambil menjerit sebagai bantahan.“Sia-sia saja kebaikan saya dalam melindunginya. Bagaimana dia boleh memfitnah ibu saya seperti itu? Tidak hairanlah dia boleh melakukan sesuatu yang tidak bermoral ketika itu!" Dia menjeling tajam ke arah sosok tubuh yang pergi itu.
Jadi bagaimana jika kau kembali? Kakak saya kini puteri mahkota, dan putera mahkota juga sangat menyayanginya. Tiada tempat lagi untuk kau di sini sekarang!
******
Bai Yan sengaja tidak menyembunyikan kepulangannya. Malahan, dia menjadikannya lebih heboh supaya semua orang tahu dia sudah kembali!
Pada ketika itu juga, Bai Zheng Xiang diberitahu akan kepulangan Bai Yan dan bergegas kembali. Sesampainya di rumah, dia segera mengadakan mesyuarat klan dan memanggil Bai Yan. Tetapi tidak kira bagaimana dia menunggu, sosok yang dikenalinya tidak pernah muncul, sehingga kesabarannya mulai menipis akhirnya.
Di bawah cahaya matahari yang terang dari luar, gaun merah yang cantik itu hanya membuatkan pemiliknya lebih anggun dan mempesonakan. Melihat hal ini, Yu Rong (ibu tiri) yang duduk di sebelah suaminya mengenggam tangannya cemburu.
Yu Rong sendiri telah melahirkan dua anak perempuan, tetapi tidak seorang pun daripada mereka dapat menandingi rupa paras perempuan jalang ini! Nasib baik, syurga itu adil dan saksama. Dengan memberikan perempuan murah ini kulit luar yang indah, ia juga menghilangkan bakat gadis itu dalam cultivation, menjadikannya sampah di mata orang ramai.
Jika tidak, tidak mungkin anak sulungnya Bai Ruo akan dapat berkahwin dengan kerabat diraja.
"Bai Yan, awak kembali." Tidak kira betapa tidak sukanya dia, Yu Rong tetap mengukir senyum palsu.
"Baguslah kamu sudah kembali. Adakah awak tahu betapa risaunya ayah kamu sejak kau menghilang? Cepat dan akui kesalahan awak supaya dia akan memaafkan kamu.”
"Sayang, awak tidak perlu bercakap untuk anak perempuan yang tidak berguna ini." Sambil menyentak, Bai Zheng Xiang segera menempelak, "Bai Yan, segera berlutut di hadapan saya!"
Melutut?
Bai Yan tersenyum dingin mendengar permintaan itu. Walaupun ketika dia menjadi pengikut shifusnya, tiga orang tua itu tidak pernah berani memintanya untuk berlutut. Jadi, berdasarkan kelayakan apa lelaki ini boleh menyuruh dia berlutut?
"Saya tidak salah jadi saya tidak perlu mengaku apa-apa."
Dia hanya datang ke sini untuk berjumpa adiknya Bai Xiao, bukan untuk memenangi hati mereka. Di dalam hatinya, hanya ada kebencian yang tinggal dan tiada apa-apa lagi untuk manusia di hadapnnya ini.
"Kurang ajar!" Bai Zheng Xiang menengking dan menghempas meja. Sambil berdiri, dia membuat ekspresi terluka. "Adakah kau tahu berapa banyak aib kau bawa kepada keluarga kita selepas kau pergi? Kalau bukan kerana ibu kamu di sini yang bersuara untuk kau, sudah lama saya buang kamu daripada daftar buku klan!”
"Suamiku, jangan cakap lagi." Yu Rong meluru dan menarik lengan baju lelaki itu, wajahnya kelihatan menyedihkan, "Lagipun saya hanyalah ibu tirinya. Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan cukup baik. Sebaliknya, saya hanya akan dipersalahkan kerana mencampuri urusannya.”
Bai Zheng Xiang masih berada dalam keadaan marah itu tidak dapat melihat lakonan mudah yang dilakukan. Sambil melemparkan tangan yang berhenti itu, dia meraung lagi.
"Dia tidak tahu bagaimana untuk mengakui kesalahannya, apa gunanya kamu menjaganya? Bai Yan, adakah kau tahu nenek kamu pengsan kerana keluhan dan ibu kamu di sini juga menangis setiap hari untuk kau?! Namun kamu! Bagaimana kau boleh menjadi haiwan sedemikian! Mulai hari ini buku klan keluarga Bai tidak lagi mempunyai ruang untuk serigala yang berhati dingin seperti kamu!”Menghadapi pelbagai tuduhan diberikan, Bai Yan hanya mencebik tergelak kecil.
"Boleh saya tahu yang mana satu dari Rumah Lan yang kamu maksudkan? Bagi yang hadir di sini hari ini, kenapa saya tidak dimaklumkan dia menjadi nenek saya? Bagi ibu saya pula, dia sudah berada di alam kematian!”

YOU ARE READING
MUSANG BERHARGA YANG COMEL : DOKTOR ILAHI IBU MEMBALIKAN SYURGA!
Fantasía~ This is not my own story~ ALL CREDITS BELONG TO THE OWNER💜💜 > Terjemahan ini adalah dari saya sendiri 🤗 Dia adalah keturunan keluarga Aristokrat Cina Purba. Baru sahaja berhijrah ke dalam tubuh wanita muda yang penuh dengan afrodisiak, dia ti...