Bab 28 "Pil Dan Gred Keempat (3)"

8 1 0
                                    

Pil Dan biopemulihan ini adalah kerja rumah yang dia berikan kepada ketiga shifu itu ketika mereka baru mempelajarinya.

    Walaupun ia hanya untuk latihan, produk yang berjaya itu tetap juga produk yang berjaya. Bai Yan telah merancang untuk mengumpulnya dan menjual semuanya apabila dia keluar ke dunia.

    Menghela nafas berat, Lan Yu (bapa saudara) bergegas mendekat dan memegang bahu Bai Yan. "Kamu sungguh mengatakannya?"

    Seperti anaknya, Puan Tua Lan juga sangat terkejut, tetapi kata-katanya berbeza daripada anaknya.

    "Sayang, maksud kamu, awak berjaya menjadi murid ahli alkimia peringkat keempat?"

    Itu adalah gelaran yang bahkan keluarga diraja akan menganggap sebagai tetamu terhormat di dalam istana!

    Bai Yan menggosok dagunya perlahan-lahan dan membuat jawapan kecil untuk mengesahkan soalan itu, "saya rasa."

    Macam la tiga shifu saya adalah ahli alkimia peringkat keempat yang rendah. Cuma yang di sini agak berbeza dengan yang ada di dunia saya sebelum ini.

      Tidak dinafikan, pil Dan dari dunianya sebelum ini adalah lebih tulen selepas diperhalusi. Oleh itu, dia meminta ketiga-tiga orang tua itu bermula dari peringkat pertama yang paling rendah sekali lagi untuk membetulkan sebarang tabiat buruk atau salah tanggapan di sepanjang latihan. Di situlah pil gred keempat ini diperoleh daripada, kerja rumah!

    Tuan Tua Lan juga bukan orang biasa jadi reaksinya secara semula jadi berbeza daripada yang lain di dalam bilik, terutamanya anak lelakinya yang bodoh yang menangis tanpa berfikir.

    Selepas kejutan awal, wajah tuanya serta-merta kembali normal. "Ia adalah berita yang menakjubkan bahawa kamu adalah murid seorang ahli alkimia peringkat keempat. Sekarang kamu juga tidak boleh mengambil barang shifu awak sembarang, jika tidak, mereka akan mempunyai pendapat buruk tentang kamu. Cepat simpab balik. Peluang sebegini sangat jarang jadi kamu tidak boleh melakukan sesuatu di belakang shifu awak."

    Walaupun nada suara Tuan Tua Lan agak keras, dia hanya melakukannya kerana risau akan gadis itu. Lagipun, dia sudah mempunyai banyak interaksi dengan pelbagai ahli alkimia di kerajaan itu kerana sakit selama bertahun-tahun. Dari salah satu pengalamannya, dia secara peribadi menyaksikan salah seorang murid itu mencuri pil shifu mereka untuk memikat seorang gadis. Akibatnya adalah pukulan yang sangat teruk sehingga hampir meragut nyawa murid itu.

     Sebagai seorang datuk, Tuan tua Lan sememangnya tidak mahu Bai Yan melalui sesuatu yang serupa selepas melalui begitu banyak kepahitan dalam hidupnya.

     Sambil mengaru keningnya, Bai Yan menerangkan. "Shifu saya sangat menyayangi saya jadi dia tidak akan mempunyai sebarang pendapat. Selain itu, haiwan peliharaan keluarga saya biasanya mengambil pil ini sebagai kacang gula-gula untuk makanan ringannya.

     Pada asalnya lelaki tua itu ingin berkata lebih banyak untuk membantu memujuk gadis itu, tetapi selepas mendengar fakta bahawa haiwan peliharaan dalam keluarga pun akan mengambil ubat-ubatan berharga ini sebagai makanan untuk snek, hatinya serta-merta menjadi beku. Wajahnya benar-benar tertekan atas perbuatan membazir itu.

     “Sekumpulan pemboros!”

     Apakah pil Dan? Benda yang paling  diimpikan di dunia ini, namun sepasang murid dan tuan ini akan menggunakannya sebagai kacang gula-gula untuk memberi makan kepada haiwan peliharaan mereka?  Oh sakit, sakit!

     Tidak berlengah, Bai Yan memberikan sebotol kepada bapa saudaranya Lan Yu. "Botol ini mengandungi pil biopemulihan. Suruh datuk di sini mengambilnya dan badannya akan pulih dalam beberapa hari lagi.”

    Terketar-ketar tangannya akibat kebimbangan yang melampau, lelaki itu hampir tidak dapat menahan rasa terujanya.

    Melihat tangan anaknya yang terketar-ketar, Tuan Tua Lan kembali tegang kerana dia sangat takut anak lelakinya yang bodoh ini secara tidak sengaja menjatuhkan botol itu dalam satu gerakan sambil lewa.

    Nasib baik, Lan Yu terus berpegang teguh walaupun berdepan dengan tekanan. Dengan berhati-hati membuka penutup bahagian atas, dia menuangkan isi kandungannya untuk mendedahkan pil kehijauan di dalamnya.

    "Ayah, nah, ambil ini."  Dia mengesa bapanya untuk mengambil dari tapak tangannya seperti cerek panas.

     Disebabkan rasa gugupnya sendiri, Tuan Tua Lan tidak perasan tangannya sendiri juga bergetar seperti anaknya.  Seperti bapa seperti anak, frasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan ini sekarang.

    “Perempuan buruk, saya beritahu awak sekarang, jangan fikir awak boleh beli saya dengan pil ini! Kalau kamu tidak memberi saya penjelasan yang baik sebab awak melarikan diri dari rumah maka saya tidak akan mengambil kamu!”

MUSANG BERHARGA YANG COMEL : DOKTOR ILAHI IBU MEMBALIKAN SYURGA!Where stories live. Discover now