Bab 24 "Puan Tua Rumah Lan (2)"

11 1 0
                                    

Dia hanya mahu memberikan sedikit hukuman kepada gadis yang tidak tahu berterima kasih itu untuk membuatnya insaf, namun gadis itu malah berani memfitnah Yu Rong dan anak-anak perempuannya. Hanya berdasarkan perkara ini sahaja dia tidak boleh lagi membenarkan gadis itu menjadi sebahagian daripada Rumah Bai.

******

Selepas Bai Yan beredar dari ruangan utama, dia segera menghentikan langkahnya dan membiarkan angin bertiup ke atas pakaiannya. "Kakak, adakah kamu akan tinggal di Rumah Bai atau pergi bersama saya?"

    Diam seketika. Pandangan Bai Xiao akhirnya jatuh ke tubuh kakaknya, matanya tegas dan bertekad.

   “Kakak, kerana diri saya yang lemah ketika itu, kakak terpaksa menanggung penghinaan. Tetapi kini selepas enam tahun, saya akhirnya boleh berdiri sendiri di dalam rumah itu.” Dari wajah muda itu, lingkaran cahaya bersinar kelihatan di sana apabila dia bercakap, "Saya mahu mengambil semula apa yang sepatutnya milik kita! Saya tidak akan membiarkan Rumah Bai yang ibu korbankan begitu banyak untuk jatuh ke dalam tangan Yu Rong dan keluarganya itu."

   “Dan tambahan pula, saya mahu melindungi kakak supaya tiada siapa boleh membahayakan kakak lagi!”

    Memusatkan pandangannya ke perut Bai Yan yang kini rata, matanya menjadi kebas kerana kesakitan melihatnya.

    Dia tidak bertanya kepada Bai Yan tentang kandungan itu, kerana berdasarkan fakta bahawa kakaknya pulang sendirian, kemungkinan bayi itu telah tiada.

    Ia sepatutnya cukup sukar untuk bertahan ketika itu apabila dia tidak mempunyai kekuatan jadi bagaimana dia boleh melindungi anaknya sendiri?

    “Adik.” Bai Yan berpaling dan menarik anak muda itu ke dalam pelukannya, "Awak tidak perlu berusaha keras. Kalau adik mahu, kakak boleh merobohkan seluruh kerajaan ini untuk adik jika perlu.

    Tersenyum mendengar kenyataan itu, dia tidak mengambil banyak kata-kata kakaknya kerana dia hanya menganggap itu usaha Bai Yan untuk menggembirakan dia.

    Walaupun seseorang itu boleh berkembang pesat dalam tempoh enam tahun, masih mustahil untuk menumbangkan seluruh negara.

    “Kakak, saya dah buat keputusan, saya akan gunakan kekuatan saya sendiri untuk melindungi kamu. Untuk hari ini, memandangkan ada Nenek Sun di sini untuk membawa kamu, saya tidak akan pergi bersama kakak ke tempat datuk dan nenek kita."

   "Baiklah."  Mencucuk dahinya, Bai Yan mendekatkan diri di sisi pemuda itu dan berbisik ke telinganya, "kalau adik sudah buat keputusan maka saya tidak akan menghalang kamu. Tetapi pertama, adik perlu mencari peluang untuk menghilangkan pengintip dari Rumah Bai. Sebaik sahaja anda berbuat demikian, kakak akan memperkenalkan seseorang kepada adik.”

Pengintip?

    Berhenti seketika, Bai Xiao tidak tahu bahawa lelaki itu telah menghantar seseorang untuk mengejar dirinya.

   Ketika pemuda itu masih  tertanya-tanya mengapa kakaknya tahu tentang perkara ini sedangkan dia sendiri tidak menyedarinya, Bai Yan sudah pun meninggalkan halaman rumah bersama Nenek Sun.

    Tetapi sebelum dia melangkah keluar dari pintu, dia menjeling ke arah pokok berhampiran.

   Nampaknya saya perlu membantu adik di sini membersihkan pengintip ini demi kebaikan…

   Lelaki yang bersembunyi di situ hampir terlepas jantungnya menerima  pandangan tajam Bai Yan. Dia menyembunyikan dirinya dengan baik sehingga sangat terkejut apabila gadis itu menoleh ke arahnya.

Mesti kebetulan!

     Lelaki itu menghiburkan dirinya, mengabaikannya sebagai kebetulan.  Sebenarnya, kematiannya tidak begitu jauh sekarang kerana dia telah ditangkap.

******

Enam tahun lalu apabila Bai Ruo masih belum berkahwin dengan putera mahkota sekarang. Rumah Lan pada masa itu masih sesak dengan tetamu dari semasa ke semasa walaupun ketua Lan itu jatuh sakit di atas katil.  Namun, dalam beberapa tahun yang singkat, seluruh kediaman kelihatan lengang dari luar. Kadangkala terdapat beberapa orang yang lalu lalang, tetapi kebanyakan orang lebih suka mengambil jalan memutar kerana takut menyinggung perasaan Rumah Bai.

   Pada saat ini, Bai Yan sudah berdiri di hadapan rumah besar yang dahulunya megah ini. Melihat keadaan keluarga sebelah ibunya yang menderita, kabus dengan cepat menerpa matanya. Sebak.

   “Cik Bai, sila ikut sini. Puan tua itu sudah lama menunggu kamu.” Nenek Sun membuat isyarat mengalu-alukan, sikapnya hormat.

MUSANG BERHARGA YANG COMEL : DOKTOR ILAHI IBU MEMBALIKAN SYURGA!Where stories live. Discover now