1

5.4K 317 22
                                    

         "TERIMA kasih temankan kitaorang, Reena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "TERIMA kasih temankan kitaorang, Reena."

Perkataan terima kasih yang bagi dia cukup bermakna walaupun hanya sekadar ucapan yang terzahir dari mulut.

Dareena balas senyum. Barang-barang yang tadi dibeli dia capai satu-persatu untuk bawa keluar. Fuh, susah payah kut ke pusat beli-belah tadi. Fahamlah kan perempuan. Mentang-mentang ada diskaun, sekali dengan dia sendiri terjebak untuk beli barangan murah.

Bersusah-payah jugak la sebenarnya. Ditambah pula dengan sesi berhempas-pulas yang dilakukan. Tu tak termasuk lagi dengan sesi tolak-menolak dengan para manusia lain kat pusat membeli-belah itu.

Fuh, tragis nak mampus!

"Thank you jugak my bros sebab dah tolong hantar aku datang sini," tawa tiga orang wanita di dalam perut kereta itu terburai. Sukacita dimaklumkan bahawa semua yang ditemaninya itu sudah berpunya, ada juga yang dah jadi mak orang. Tapi dia sahaja yang solo.

Tapi, siapa kisah kan? Orang cakap, bebaskan sayapmu dulu. Hah, gitu!

"No worries. Okay, bye babe! See you next time!" Dareena lambaikan tangannya sebelum Mercedes-Benz A-Class itu mula meluncur pergi. Hilang sahaja dari pandangan, langkah mula diatur memasuki perkarangan rumah mewah itu.

Kalau kali pertama nak masuk rumah ni akan jadi seganlah. Tapi oleh sebab dia yang dah beberapa kali keluar masuk rumah persis disney ni, jadi macam sudah terbiasa pula!

Kereta Hyundai Elantra yang masih terparkir elok di bawah garaj ditilik lama. Dia berhenti sekejap. Mata dipicing. Seraya itu, dia cebik bibir. Ah, memang tak sah lagi. Lelaki tu mesti ada lagi kat rumah. Eee, kenapalah dia tak gerak pergi kerja lagi. Selalunya pukul dua bayang-bayang dia dah tak ada dah.

Lelaki yang dimaksudkannya itu siapa lagi kalau bukan anak pemilik rumah ini.

Merangkap, anak kawan baik ibunya.

Merangkap juga, bekas tunangnya.

Dulu, kalau diikutkan, hubungan mereka agak rapat jugaklah semasa mereka dalam usia remaja. Sementara ibunya perlu mendapatkan rawatan di luar negara, dia tinggal di sini. Untuk jangka masa yang lebih kurang beberapa bulan semasa dia tingkatan empat. Tapi hubungan rapat mereka hanya berakhir pada usia remaja.

Bila dah meningkat dewasa...

Hmm, entahlah.

Langkah diatur terus menuju ke dapur. Lagak sudah bagaikan rumah sendiri. Sampai di dapur, sempat lagi dia mengintai Mak Kiah, pembantu rumah tersebut disebalik dinding yang memisahkan ruangan dapur dan ruang makan. Mak Kiah dilihatnya agak leka termenung. Mungkin juga jenuh menunggu masakannya siap.

Sengihan dipamerkan pada wajah lalu perlahan-lahan kaki melangkah mendekati Mak Kiah. Perlahan demi perlahan dan...

Pap!

Taming The DevilWhere stories live. Discover now