"DAMN it! Benda macam tu pun aku kena uruskan jugak ke?!"
Danish sudah bengang. Takkan dia tak datang dah kucar-kacir jadinya situasi kat Dazzle Models tu. Kata Ijat, Qiu masih tidak melakukan satu lagi pemilihan model untuk menggayakan pakaian designer esok.
Tugas dia senang je kut. Bukannya suruh dia pun yang gayakan pakaian tu. Bukan dia suruh Qiu pun urus bahagian belakang tabir yang lain. Kerja dia cuma uruskan bahagian model. Itu sahaja!
Kepala yang masih terasa memberat dipegang. Lambat-lambat dia cuba juga bangun dari pembaringan. Tidak betah membiarkan hasil kerjanya menjadi sia-sia dek kerana Qiu.
Baru sahaja dia tegakkan tubuh untuk berdiri, tubuh yang terasa longlai dijatuhkan semula ke katil. Dia menghela nafas berat.
Lantas, Danish mengambil keputusan untuk bertapa sahaja di dalam comforter tebal. Keseluruhan tubuhnya ditutup. Geram, kesal, semua ada!
"Meow!"
"Tak payah ganggu lah Oyen."
"Meow..." Entiti berbulu oren itu bersuara lagi. Hujung comforter yang terselak sedikit membuatkan kakinya dapat dirasakan seperti digesel-gesel oleh haiwan comel itu. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Oyen itu pantas sahaja menggesel pada tubuhnya pula yang berada disebalik comforter.
"Oyen! Papa tengah geram ni. Nanti tak pasal-pasal papa marah Oyen. Nak ke macam tu?" Bebel Danish perlahan.
Tanpa dia perasan akan Dareena yang sudah memerhati dari tadi akan tindak-tanduknya. Dareena menahan senyum.
Japanese Souffle Pancake diletakkan elok di atas meja kecil sebelah katil.
Dareena menggerak-gerakkan bahu Danish perlahan.
"Oyen..janganlah kacau."
"But this is not Oyen," balas Dareena dengan tawa kecilnya. Kesian Danish. Tak memasal demam dia semalam berjangkit pada Danish.
Comforter itu diselak sedikit. Tika nampak wajah Dareena, tubuhnya segera diiringkan ke kiri. Cuba membelakangi Dareena.
"Marah I ke?" soal Dareena perlahan. Langkah terus diatur ke sebelah kiri katil. Nampak sahaja wajah Dareena lagi, Danish segera pusingkan semula tubuhnya ke sebelah kanan.
"Danish, tak baiklah. Bukan I sengaja pun bersin dekat muka you. You yang gatal semalam."
"Lagipun, tak expect jugak boleh berjangkit. Bukan salah I seratus peratus. You pun tidur menempel dengan I semalam kenapa."
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...