RIAK Danish tampak terkejut. Mata mula menatap kembali gerangan pelanggan di hadapannya. Dia salah dengar atau...
Mustahil.
Tapi Dareena tak pakai...
"Terima kasih. Untuk semua ni." Danish pegun. Masih tidak dapat memproses situasi ini.
"And Rian, just to let you know... Needed to learn how to live without you is a lesson I never wanted to learn."
Deheman pekerja-pekerja di situ membuatkan Danish dan si wanita tersentak.
"Bye Puan Dareena, bye bos kesayangan. Kitaorang balik dulu tau. Bahagian dapur dah kemas. Tinggal yang kat depan ni je belum."
"Lepastu... Tadi tu bukan gimik tau, memang ada kes tu. Tapi bukan harini lah. Kes yang 10 tahun lepas." Mata Danish membulat. Kurang asam!
Jadi diaorang memang sengaja sembang kuat-kuat macam tu untuk takutkan dia?!
"Jangan marah kitaorang bos. Er, bye. Balik dulu!"
"Wait—" Belum sempat Danish membebel, pekerja-pekerjanya terlebih dahulu berlalu pergi. Macam dah rancang!
"Tak apa, I boleh tolong you kemas nanti."
Lengan Danish dipegang Dareena. Membuatkan konsentrasi Danish kini mula tertumpu pada si isteri. Sumpah, tika ini dia dapat rasa jantungnya bergetar hebat.
Untuk seketika, Danish terbuai sendiri. Perlahan-lahan, dia mendekati si wanita. Wajah dihadapannya itu dipandang lama.
"Reen? Is this really you?" soal Danish penuh berhati-hati.
"And... Am I really not dreaming?" Tawa kecil si wanita membuatkan matanya mulai tertutup, bagaikan tersenyum. Dan mata yang sedang tersenyum itu semakin jelas membuktikan bahawa wanita di hadapannya sekarang memang merupakan isterinya.
Tika memastikan tiada sesiapa di situ selain mereka berdua, lantas Dareena perlahan-lahan membuka purdahnya.
Danish terpempan. Wajah cantik yang sangat dirinduinya... Wajah isterinya itu kelihatan makin berseri. Makin cantik berbanding biasa.
Dareena memakai purdahnya kembali. Tangan didepakan. Namun hampa. Tiada balasan apa-apa daripada Danish.
"Jadi... I tak layak dapat peluk?"
"Hah?" Danish kelihatan terpinga-pinga. Entah kenapa, reaksi Danish membuatkan Dareena tergelak kecil.
"Boleh..ke? Rasa macam haramlah pulak. Sebab dah lama tak jumpa," balasan Danish membuatkan Dareena tergelak lagi. Mengarut!
Danish turut sama tergelak. Belakang tengkuknya diusap-usap sebelum tubuh Dareena perlahan-lahan diraih ke dalam pelukan.
"I overmiss you," ujar Danish perlahan. Dia mengemaskan pelukan tersebut.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...