34

2.3K 258 81
                                    

         CAHAYA yang menerangi bilik itu membuatkannya tersedar dari tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         CAHAYA yang menerangi bilik itu membuatkannya tersedar dari tidur. Tidur yang..sangat lena. Kalau boleh, dia memang tak nak bangun dah!

Ya Allah, tapi mujurlah mimpi ni berjaya bangunkan dia dari tidur. Kalau tak mesti dia dah terlepas untuk solat tahajud.

"Kita mula dari awal balik? Tapi kali ni as husband and wife. Bukannya abang dengan adik lagi. Boleh?"

Dareena meraup wajah untuk kesekian kalinya. Siotlah mimpi macam tu! Memang taklah Danish nak cakap macam tu! Sangat..mustahil.

Okaylah. Sejujurnya memang tak mustahil.

Tapi untuk masa terdekat ni sangatlah..mustahil!

"But the only thing is..don't fully trust me. I have so many dark past and flaw. But I am always trying to be better. I promise."

Kata-kata Danish dalam mimpi itu kembali menjengah lagi fikirannya. Semua orang pernah buat salah, tapi kenapa dalam mimpi dia Danish pun masih lagi diselubungi rasa bersalah dia tu?

Memang kat alam mimpi pun Danish memang tak wajar untuk bahagia ke?Bagilah dia bahagia jugak.

"The first one..was illegal. The second one, was also illegal. So can this one be legal for you? May I steal this one?"

Dareena mula menyentuh bibirnya. Alamak, mimpi dia dah melarat jauh ni! Memang dia gatal sangat ke sampai mimpi macam tu?!

Patutlah macam banyak sangat benda yang tak logik dalam tu. Danish banyak gelak, Danish terlalu berlembut dengannya, sesi luahan dari hati ke hati dia dan Danish..dan padanya, benda paling tak logik ialah Danish dan buku bersatu!

Danish bukannya suka buku pun. Baca pun tak rasanya. Library kecil dia kat rumah ni pun dia tak tahu apa fungsinya. Sekadar cukupkan ruang untuk rumah sahaja kot!

Dareena bangun daripada pembaringannya. Selesai sahaja mengemas rumah dari petang hingga malam semalam, terus sahaja dia menyelubung di bawah selimut. Terlampau penat! Danish pun..

Eh!

Elok sahaja dia sedang teringat akan Danish, laju kepalanya berpaling ke sebelah. Memandangkan dia terus sahaja tidur tanpa memikirkan Danish semalam. Biasanya dia akan biarkan Danish tidur dahulu sebelumnya.

Apabila berpaling ke sebelah, terkejut dirinya apabila melihat Danish turut sama memandangnya. Dan mungkin juga..dari tadi lagi?!

"Selamat pagi." Sapaan tanpa nada dari Danish membuatkan Dareena janggal. Janggal apabila teringatkan mimpinya semalam. Ish, kalau Danish tahu ni mahu tak habis-habis dia diketawakan.

"Er, selamat pagi. Eh, you baru bangun jugak ke?" Danish menggeleng.

"Aku tak tidur pun."

"Oh, patutlah... Eh? Bukan ke you takut gelap?!"

Taming The DevilWhere stories live. Discover now