28

1.9K 278 46
                                    

       AISKRIM dan sepotong kek yang dibelinya tadi dibawa naik ke bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       AISKRIM dan sepotong kek yang dibelinya tadi dibawa naik ke bilik. Walaupun sudah hampir menginjak pukul satu pagi, dia masih mengharapkan Dareena kekal celik, belum tidur. Sanggup dia redah bakeri yang hampir tutup, semata-mata ingin beli kek dan aiskrim. Ingin sejukkan dua hatilah katakan.

Hati dia...

Dan hati Dareena.

Kuak sahaja pintu, jelas terpapar pada pandangan matanya figura Dareena yang sedang berteluku di sejadah. Makin dia menghampiri, makin jelas suara bacaan Al-Quran isterinya itu.

Danish kekal berdiri. Statik membelakangi Dareena yang masih tidak sedar akan kehadirannya. Lama dia menunggu Dareena menghabiskan bacaannya sampaikan dia sendiri sudah terbuai dek suara merdu itu.

Tidak dapat dinafikan, Dareena sememangnya sesuai dengan definisi, 'jangan menilai buku dari segi luarannya.'

Kalau dia tidak kahwin dengan Dareena, dia takkan tahu sisi sebenar isterinya ini. Sisi yang selalu dikaburkan dengan penampilannya selama ini. Sisi yang sangat solehah. Jika sejuk matanya memandang, sejuk pula hatinya mendengar.

"Sadaqallahulazim..." Selesai sahaja bacaan tersebut, Dareena dilihatnya masih pada posisi yang sama. Dia menadah tangan berdoa terlebih dahulu. Agak lama. Bagaikan betul-betul menghayati bait-bait doa yang dipinta.

Tangan Dareena yang mengaminkan turut sama dilakukan Danish. Lantas, Dareena mula menanggalkan telekung solat. Masih tidak sedar dengan kehadirannya.

"Dareena." Danish mula mendekati Dareena.

Terkejut dengan suara yang tiba-tiba menyapa, Dareena terus menoleh. Wajah Danish dilihatnya sedang tersenyum nipis padanya.

"Kau selitkan aku dalam doa kau tak?" Dareena tidak menjawab. Lama dia terdiam sebelum kepala dianggukkan perlahan-lahan. Senyuman turut sama terlorek pada wajah. Mata ikut sama terpejam tiap kali dia tersenyum lebar.

Eyesmile!

Kepala isterinya ditepuk lembut.

"Good. What a nice, wife."

Tangan mula dibawa menyentuh pipi mulus milik Dareena. Lama dia merenung wajah tenang itu. Bagaikan tiada masalah yang dilaluinya. Wajah yang terlalu tenang sehinggakan dia sendiri dihamuk dengan rasa bersalah.

Keluhan kecil terlepas.

"Maaf pasal tadi. I should treat you right, not treat you that way. Maafkan aku," ucap Danish perlahan. Lantas, dia tersenyum nipis.

Belum sempat Dareena membalas, tangannya sudah menghulurkan sesuatu pada si isteri.

"Ni, aku ada belikan kau kek dan aiskrim." Danish cuba tayang riak tenang. Plastik yang berisi kotak kek dan aiskrim cornetto itu sudah bertukar tangan.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now