SUASANA yang senyap itu membuatkan Danish musykil. Jarang-jarang rumah dia senyap kalau ada Dareena. Biasanya mulut ada sahaja nak bercakap, celoteh memanjang dengan Mak Kiah. Kadang-kadang benda yang tidak memerlukan penjelasan pun dia simpulkan jugak.
"Dareena."
Kening Danish sudah bertaut, pelik. Kaki diangkat ke dapur, tapi tak ada sesiapa. Hanya bau kuih sahaja yang meresap ke dalam hidung. Wangi!
Dia menelan liur. Walaupun Dareena sudah sediakan kek batik sebagai sampingan waktu lunch tadi, bau yang sedap itu masih membuatkan dia meronta-ronta untuk makan. Muffin coklat di dalam oven itu diperhati lama.
Ting!
Tepat oven itu berbunyi. Tanda siap. Danish berura-ura untuk mengambil, tapi hati masih menegah. Nanti ketahuan pula!
Tapi tak kut. Mustahil Dareena perasan kalau dia ambil satu. Bukan dia kira pun berapa biji muffin coklat yang dia buat. Kan?
Danish cepat-cepat mengeluarkan satu muffin coklat dari oven. Panas!
Kek cawan itu dicubit sedikit demi sedikit. Sedapnya! Pandai Dareena buat! Kalau hari-hari Dareena buat kuih pun dia sanggup!
"Ha, anak mama buat apa tu?"
Bahu Danish terhinjut sedikit. Terkejut dengan teguran entah dari mana itu. Nampak sahaja kelibat mama, Danish hanya tersengih.
Alamak...
"Tu Reena yang buat. Katanya bosan tak ada apa nak buat kat rumah ni."
"Dia ada kat mana ma? Tak nampak pun," soal Danish sambil meliarkan mata ke sekeliling. Manalah tahu tiba-tiba Dareena akan muncul dari mana-mana sudut ke.
"Ada kat dalam bilik. Dari pagi lagi dia duduk dapur. Sampailah dah hampir asar. Tu yang mama suruh dia berehat dulu kat atas. Mandi, solat dulu. Muffin coklat ni biar mama yang tengokkan." Danish hanya mengangguk kecil. Muffin coklat itu segera dihabiskan.
"Pandai dia buat. Sedap." Puan Tia hanya tersenyum seraya mengangguk mengiakan pujian anaknya.
"Mama, er... Danish nak naik atas dulu."
"Danish." Baru sahaja ingin berlalu pergi, namanya sempat lagi dipanggil.
"Ya?"
"Bila Danish nak pindah? Tak, mama tak kisah pun kalau Danish masih nak tinggal sini. Tapi lebih baik kalau Danish dengan Reena tinggal sendiri. Kan? Danish bukannya tak ada rumah, bukannya kewangan tak cukup."
"Hmm. Tu la ma. Danish pun ada jugak terfikir pasal tu. Nanti Danish discuss balik dengan Dareena." Seusai membalas pertanyaan mama, Danish mengatur langkah ke atas.
Tali lehernya dilonggarkan. Lengan kemeja turut disingsingkan ke siku seraya menuju ke bilik. Pintu bilik dikuak perlahan-lahan.
"Daree—" panggilan tersebut terjeda tatkala melihat Dareena yang sedang tertidur di atas katil dengan laptop yang masih terpasang. Telekung solat pula masih tidak ditanggalkan.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romantik[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...