"REENA kalau menangis ada satu sebab je."
Perbuatan Dareena yang leka menulis nota terbantut. Terus dia angkat muka. Mata tala pada Affan. Ingin tahu jawapan apa yang akan diberitahu oleh Affan.
"Sebab apa?"
"Sama ada I yang mati..atau I yang tak mati-mati." Tawa Dareena terlepas. Apa benda la si Affan ni. Memang dia dan mengarut berpisah tiada ke?
"Amboi. I tak adalah suka you macam tu sekali..dan I pun tak adalah tak suka you sampai macam tu sekali. Just mid. Lagipun, I memang tak ada sebab nak nangis."
"Ah, alasan. I kalau tak ada sebab utuh pun I nangis je Reena. Contohnya masa mula-mula lahir dulu," tawa Dareena terburai lagi. Kalau macam tu dia pun ada nangis!
"Tapi baguslah. Sebab sedih tak sesuai untuk seorang Reena. Nanti I jugak yang rasa tempiasnya. Bila tengok orang yang kita suka..derita," ujar Affan selamba dengan senyum manisnya. Dareena buat-buat tidak dengar. Catatan notanya diteruskan. Cuba untuk mengendahkan kata-kata Affan tika itu.
Dareena termenung lama di pusara Affan. Tubir matanya kembali hangat tatkala mula teringat akan bicara Affan padanya dulu.
"Betul ke kalau kau wujud lagi situasi hidup aku akan berubah, Fan?"
"Situasi tetap sama. Cuma hati kau yang telah didustakan dengan fikiran kau sendiri." Dareena angkat muka. Lihat sahaja wajah yang menerpa pandangan, segera air matanya yang mula mengalir diseka. Dia tercakap kuat ke?
Lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Masih ada jarak di antara mereka, tetapi apa yang memisahkan mereka kini hanya kejanggalan yang tiba-tiba tercipta.
"Wipe your tears." Dareena menoleh sebelah. Firas sudah menghulurkan sapu tangan padanya lalu turut sama memilih untuk hanya tala pandangan pada pusara tersebut.
"So, dia mesti baik kan?" soalan Firas hanya dibalas dengan anggukan. Walaupun hairan kenapa Firas turut berada di sini, persoalan itu hanya dibiarkan sahaja berlalu.
"You still tak ingat..arwah Affan?"
"Hmm. Aku dikira teruk ke? Kiri kanan aku sebut nama dia, tapi aku masih belum ingat apa-apa pasal dia. Secara umum, mungkin aku ingat. Tapi secara spesifik, aku masih belum." Dareena mengetap bibir. Sedaya upaya menahan rasa yang mula bersarang di jiwanya.
Dia faham perasaan Firas.
Rasa ingin menyalahkan diri sendiri.
Dia dan Firas..dua-dua tiada semasa pengebumian rakannya itu.
"Tak apa, Firas. Jangan paksa diri. Sooner or later, you tetap akan ingat apa yang kekal sebagai memori. Lambat atau cepat je proses tu." Firas cuma senyum. Sesekali mata melirik kearah Dareena yang kembali mengelamun setelah menghabiskan ayatnya.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...