"SELAMAT pagi."
Dareena tenung wajah yang sedang tersenyum itu. Mulut masih berat untuk mengeluarkan patah kata, membalas sapaan tersebut. Semalam memang mimpi, atau sekarang ni dia masih diulit mimpi?
Elusan Danish buat dia terbuai sendiri. Mata kembali dipejamkan.
"Semalam I mimpi..."
"Buruk?" soalan Danish dibalasnya dengan anggukan.
"Kenapa rasa macam tu?" soal Danish lagi. Danish tersenyum tawar. Tak, Reen. Kau tak mimpi. Cuma mungkin tu realiti yang kau memang tak nak hadap.
Rambut Dareena masih dielusnya lembut.
Dareena tidak menjawab. Sebaliknya, dia rasa terlena semula. Kali ini, baru dia rasa lena untuk tidur. Kerana semua itu rupa-rupanya memang mimpi.
"Sayang, bangun. Kita solat Subuh sama-sama," ujar Danish lembut seraya rambut yang menutupi wajah Dareena diselak ke telinga. Lingkaran gelap bawah mata jelas kelihatan pada wajah Dareena. Mesti dia penat menangis. Tipulah kalau dia tak dengar esakan kecil si isteri tika di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang. Yang pada akhirnya, Dareena langsung tertidur. Mungkin terlalu penat.
"Look at me first, then we can talk." Balas Danish tenang. Namun Dareena masih statik tala pandangan ke hadapan.
"See. Kau tak boleh, sebab kau lupa. Mouth lies, but eyes tell the truth."
"Jangan main-main pasal perceraian, Tengku Dareena." Nada Danish sudah berubah tegas.
"Jangan biarkan emosi kau pengaruhi keputusan kau. Emosi boleh berubah-ubah. Bila mana kau tertekan, mulut kau akan mengeluarkan pernyataan keterlaluan. Bila mana kau gembira, emosi juga mainkan lagak tersebut dalam percakapan kau."
"Bercerai memang tak salah..tapi HANYA jika tak ada lagi jalan penyelesaian dalam hubungan suami isteri. Tapi kita lain..."
"Jangan sesekali letakkan ego dalam hierarki paling atas dalam perhubungan. Jangan contohi aku dulu. Sebab pada akhirnya, aku merana. Look, sampai sekarang." Danish melepaskan tawa paksa. Dia masih mengulum senyum, walaupun sakit.
"Kau pun tak beri peluang untuk diri kau sendiri bahagia, Reen. Cuba kau fikir..sampai bila? Sampai bila semua ni?" Dareena hanya diam. Tubuh mula dipalingkan ke sisi, kearah pintu kereta tempat duduknya.
Telinga mendengar, tapi mulut tak mampu bersuara.
Jelas kedengaran keluhan kecil yang terbit dari mulut Danish.
Dareena mengetap bibir. Mata dipejamkan.
"Aku tahu kau tak memaksudkan semua tu kan?" Danish senyum tawar. Kepala Dareena lantas diusap lembut.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...