BANGUN sahaja dari tidur pagi tadi, dia dikejutkan dengan bekal yang disediakan Dareena khas untuknya. Bekal makanan yang mengandungi nasi putih, daging goreng kunyit dan juga kek batik sebagai sampingan. Air juga turut disediakan di dalam thermos.
Air coklat. Kegemarannya!
Dicelah bekal makanan tersebut, terselit juga sampul surat kecil yang berisi surat dan juga...
Gambar polaroid.
Gambar polaroid Dareena sewaktu remaja. Rambutnya diikat ekor kuda dengan tubuh yang masih tersarung baju sukan. Eyesmile juga turut kelihatan.
Cantik. Sangat.
Kini, surat itu pula mula dibaca.
My Rian, eat well. Thank you for the delicious cake and ice cream yesterday. And nah, my fav picture. Specially for my fav person <3
Danish tersenyum sendiri. Laju tangan mula menari-nari pada papan kekunci telefon. Pesanan itu segera dihantar bersama gambar makanan yang disediakan Dareena itu.
Thank you Dareena :)
Bekal itu diletakkan elok di atas dasar meja. Fokusnya beralih pula kepada kerja-kerja tertangguh yang perlu diuruskannya sebelum dia meletakkan jawatan.
Dia tak risaukan apa-apa tentang masa hadapannya. Masih ada lagi kerja halal lain yang boleh dibuat. Jika dia perlu mula dari kosong balik, dia tidak kisah. Mungkin juga cara ini satu-satunya cara untuk dia memulakan hidup barunya..dan juga melupakan kisah silamnya.
Separuh hatinya risaukan Dareena walaupun Dareena seorang yang berdikari. Boleh jaga diri sendiri. Tahu baik dan buruk. Pandai seni mempertahankan diri.
Tapi Qiu ialah bekas kawan baiknya. Qiu lebih tahu tentang dirinya berbanding dia sendiri. Qiu juga tahu tentang kelemahannya, masa silamnya. Dia takut Qiu akan gunakan taktik kotor itu untuk jatuhkan dia dan dapatkan Dareena.
Hmm, masa silam dia dua tahun lepas...
Dua tahun lepas dia pernah menjadi tunang Dareena. Tunang yang dibenci Dareena. Tunang yang selalu sakitkan fizikalnya.
Sebelum akhirnya mereka berpisah dengan cara elok dan kembali menjadi pasangan hidup kembali pada tahun ini.
Dia masih ingat lagi tika dia pernah menggunakan nama Dareena untuk sakitkan hati Firas dulu. Memandangkan Firas bersahabat baik dengan Dareena.
"Keep your shits to yourself, clown! Remember, two steps you're closer to her, one step you're ready to be killed!" ugut Firas dengan mata yang tajam menikam anak matanya. Tangan Firas masih lagi menarik kolarnya kasar.
"...and one more! Kalau kau sakitkan kawan baik aku, jangan ingat kau boleh hidup senang! Penjara tempat kau nanti! Mark my words!" Kolarnya dilepaskan. Bibirnya yang berdarah pantas dikesat.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...