36

2.1K 256 58
                                    

         HADIAH daripada mama yang sudah tersarung elok pada tubuh itu ditilik untuk kesekian kalinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         HADIAH daripada mama yang sudah tersarung elok pada tubuh itu ditilik untuk kesekian kalinya. Lama dia mengambil masa untuk menentukan fikirannya tentang keputusan ini. Dan akhirnya...

Gulp!

Malam ini dia mengenakan dress satin merah jambu paras paha yang bertali halus. Robe dari material yang sama disarungkan pada tubuh.

Berdebar la pula. Ini kerja gila ni!

Sudah la dia tidak pernah berpakaian sebegini sebelum ini. Ni terlalu..erk!

Eei, tak naklah! Lain harilah dia pakai. Malam ni biarlah hanya sekadar percubaan untuk dirinya sahaja!

Baru sahaja ingin menukar semula pakaian tidurnya kepada casual, notifikasi mesej yang masuk mengalih perhatiannya.

Dahinya berkerut membaca tiga perkataan tersebut.

'One step closer.'

Mesej yang diterima itu hanya dibuat tidak endah. Entah mengapa makin hari, makin pelik dan menyeramkan mesej yang diterima itu.

Awalnya, dia fikir hanya sekadar tersilap nombor. Tapi lain pula tanggapannya hari demi hari apabila namanya turut sama disebut dalam mesej tersebut.

Dareena cuba buat tidak endah seperti biasa. Silap oranglah dia cuba ganggu.

Sangat silap.

But nevermind..let's play with the game. Let's go with the flow, Tengku Dareena.

Act like a dumb.

Mesej itu mula dibalas dengan lirik lagu Infinity, One Direction.

Nampak nak berstep closer sangat kan.

Selesai membalas, telefon itu terus dimatikannya. Malas untuk menunggu pesanan balas dari si pengirim.

"And now I'm one step closer to being
Two steps far from you
When everybody wants you
Everybody wants you!"

Dareena mula mengambil sikat rambut untuk dijadikan sebagai mikrofon. Rambutnya yang tadinya terikat kemas dilepaskan.

Selangkah demi selangkah kaki diatur bersama gerakan kecil seolah-olah sedang menari dan berada di dalam khayalan sendiri.

"How many nights does it take to count the stars?
That's the time it would take to fix my heart
Oh, baby, I was there for you
All I ever wanted was the truth, yeah, yeah.."

Taming The DevilWhere stories live. Discover now