49

1.8K 226 36
                                    

        DAREENA menutup daun pintu perlahan-lahan sesudah menghantar pemergian mama ke dalam perut kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        DAREENA menutup daun pintu perlahan-lahan sesudah menghantar pemergian mama ke dalam perut kereta. Jujur, dia sangat sayangkan ibu mentuanya. Sebagaimana sayangnya dia pada ibu kandungnya, macam itulah sayangnya dia pada mama.

Namun, kasih sayangnya pada mama langsung tidak ada kena mengena dengan Danish.

Benci? Ya, mungkin itu perkataan yang tepat untuk gambarkan perasaannya pada Danish sekarang.

Memaafkan memang mudah. Lagi-lagi memaafkan dalam kadar masa yang cepat. Kalau dia nak, dia boleh buat semua tu. Senang. Memaafkan seseorang kan lebih elok?

Tapi kemaafan itu dari hati yang tulus ke?

Dia tak nak memberi kemaafan yang sia-sia pada seseorang. Sebab semua itu diibaratkan sebagai memberi sebuah harapan yang palsu pada penerima.

Dia boleh memaafkan, tapi biarlah dia rasa kepuasan memaafkan..dan Danish rasa kepuasan dimaafkan.

Dia sudah selangkah mahu memulakan permainan baru. Kali ini, bukan rentak Danish yang perlu diikutnya. Tapi rentak dia yang Danish perlu ikut.

Dareena menilik penampilannya seketika di hadapan cermin. Jubah dan hijab. Pemakaian yang hanya dapat dilihat jika dia ke tanah perkuburan atau apa-apa situasi yang memerlukannya memakai pakaian tertutup dan sopan.

Dia masih menilik dirinya. Shawl hitam yang terlilit kemas pada wajah membuai fikirannya. Kadang-kadang dia terfikir jugak, entah bila dia akan berupaya untuk betul-betul menutup aurat. Dia tak nak hipokrit. Hanya berhijrah pada dasar luaran tapi dalaman..masih sama. Masih penuh titik hitam.

Lagi-lagi sekarang, bila dia sedang ingin memulakan satu permainan.

Dareena langsung berjalan menuju ke bilik. Tempat keberadaan Danish. Kata mama tadi, Danish masih lagi merehatkan diri. Entahlah, malas nak tanya lebih-lebih. Dia tak kesahkan sangat pun keadaaan lelaki tu. Cukup hanya makan minumnya terjaga pun dah okay sementara dia dalam proses sembuh dari segi mentalnya.

Kuak sahaja pintu bilik, mata terus jatuh pada pada tubuh yang terbaring lesu di katil. Saat terpandangkan raut wajah lemah Danish, hati sudah mula berbisik simpati.

Namun cepat sahaja dia cuba membuang rasa tersebut. Pandangan segera dikalihkan kearah lain. Permainannya belum berjalan, dia tak boleh kalah secepat ini.

Satu-persatu pin tudung dicabut. Tatkala itu, suara seseorang menjengah halwa telinganya.

Mungkin Danish tersedar dek bunyi derapan kakinya tatkala dia melangkah masuk bilik tadi.

"Reen?" Dareena masih malas ingin memalingkan muka. Dia hanya membiarkan sahaja soalan itu berlalu bagaikan angin. Seolah-olah dia langsung tak dengar apa-apa.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now