JAM tangan Jaeger Lecoultre ditilik lama. Rasanya dah berkali-kali jugak dia kerling, tapi batang hidung Dareena masih jua tidak muncul. Janji lepas zohor dah boleh bertolak ke rumah baru. Tapi nampak gayanya, lepas zohor Dareena mungkin beberapa minit sebelum menginjak pukul empat. Ni dah bukan lepas zohor ni. Lewat zohor. Entah apalah yang dibuat Dareena kat atas.
"Dah nak bertolak ke Danish?"
"Haah, ma. Sebab nak beli barang dapur dulu. Kosong kat rumah Danish tu. Yang lengkap cuma perabot je." Puan Tia sekadar mengangguk.
"Nanti datanglah sini selalu ya, Danish. Bukan jauh pun."
"Will do, ma. That's for sure. Mama pun jangan segan silu nak telefon Danish."
"Apa pulak macam tu. Danish lah yang kena selalu telefon mama." Danish hanya gelak. Tubuh mamanya dipeluk erat. Seakan tidak ingin melepaskannya. Anak tunggal kan.
Dia lah sulung, dia lah bongsu.
Dia lah tegas, dia lah manja.
Dia lah buah hati mama, dan dia jugalah pelengkap hidup mama.
"Mama jaga Mak Kiah elok-elok. Jangan buli Mak Kiah. Skandal lama Danish tu," ujar Danish sebaik sahaja lihat figura Mak Kiah yang mendekati mereka berdua. Belakang tubuhnya ditepuk mama perlahan.
"Mengarut!" tawa Danish terburai.
Setelah pelukan dileraikan, dia meminta izin untuk ke bilik sebentar. Ingin memanggil Dareena yang masih tidak memunculkan diri.
Pintu bilik dikuak perlahan.
Terkedu dirinya tatkala melihat refleksi dari cermin. Seseorang yang sedang berusaha menyarungkan hijab di kepala. Sesekali hijab itu dileraikan sebelum mula dikenakan kembali. Berkali-kali juga percubaan itu berlaku.
Jelas kedengaran keluhan dari tuan badan.
"What's wrong?" Dareena tampak terkejut. Tubuhnya dipusingkan. Mungkin baru perasan akan kehadirannya yang dari tadi terpacak, menyandar di pintu sambil memerhati tindak-tanduknya.
Dareena bingkas bangun. Tudung di tangan segera dimasukkan ke dalam bagasi lalu mula melangkah mendekati Danish yang sudah berada di muka pintu. Baru sahaja dia ingin memulas tombol, tubuh Danish tiba-tiba menjadi penghadang untuknya.
Kali ini Danish betul-betul berdiri di hadapan pintu, dengan sebelah tangan yang disandarkan pada pintu. Menghalang Dareena untuk keluar terlebih dahulu.
"Pakai je la. I'm not gonna judge you."
"Er, I tak bersedia lagi. I cuma nak cuba. Nampak orang lain pakai cantik."
"Siapa?"
"Orang lain la. Macam Sya pakai. Cantik."
"Siapa Sya?" soal Danish lagi. Dahinya agak berkerut.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...