Defense! Attack!
Defense! Attack!
Attack!
Mata pedang pihak lawan mula mengena topeng mukanya. Sekali gus mula membuatkan tubuhnya terdorong ke belakang. Bagaikan turut ditolak.
"Dareena! Dareena!!"
Jeritan beberapa orang yang mengenalinya sudah sayup-sayup kedengaran. Kuat, tetapi dirinya bagaikan sudah lemas. Hilang kesedaran diri. Bilah pedang yang dipegang mula jatuh ke lantai.
"Reena, bangun! Weh, kau okay tak ni?!"
Pipi terasa seperti ditampar-tampar pelahan oleh seseorang. Namun mulut sudah tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang suara. Suasana sekeliling mula menjadi bengang sebelum dia perlahan-lahan turut jatuh ke lantai.Buk!
"The victor is..Atira Imani!"
•••
BANGUN sahaja daripada pengsan, kepala yang masih sakit itu dipegang. Ni mesti kesan terhantuk pada lantai tadi. Setelah kepala, wajah pula dipegang. Aduh, nanti mesti berparut. Kalau ibu tahu mesti sudah tak izinkan dia main fencing. Mesti ibu akan buat bantahan sedia ada dia yang fencing bukannya mainan perempuan.
Ala, perempuan pun boleh main apa. Kalau lelaki pun boleh main bola jaring, perempuan pun boleh jugak main fencing!
Eh, tapi ada ke lelaki main bola jaring?
"Kau dah okay?" Suara garau yang menerjah kotak pendengaran membuatkan Dareena tersentak dari lamunan. Tatkala mata mula bertemu dengan mata si pemanggil, wajah segera ditekup. Entah kenapa tindakan refleks dia sebegitu.
Si lelaki tersebut hanya tersenyum. Kepala turut digelengkan.
"Nah, mama suruh makan. Nak apa-apa panggil je aku atau Mak Kiah," ujar lelaki tersebut seraya meletakkan sepinggan kuih-muih di atas meja.
"Okay," balas Dareena perlahan. Masih segan dengan layanan lelaki tersebut padanya.
Langkah lelaki tersebut yang ingin berlalu terhenti. Dia kembali mengambil tempat di sofa hadapan Dareena. Mujur sahaja mereka berdua berada di ruang tamu rumah. Tempat terbuka. Tak adalah janggal sangat jadinya.
"Er, kenapa duduk sini?" soal Dareena tatkala si lelaki mula melabuhkan punggungnya di situ. Dan lelaki yang dimaksudkan ialah..Danish.
Anak tunggal kawan ibunya.
"Yeah, maybe you need someone to talk to. I can be your listener. Or maybe... I can lighten up your mood a little bit."
Dareena hanya diam. Perlahan-lahan, dia mula bangun dari posisi baringan. Plaster pada wajah dipegang. Aduh, tak tidur malamlah jawabnya dengan muka macam ini. Asyik fikir je macam mana nak hadap orang bila datang sekolah esok.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...