NATTY tersenyum senang. Akhirnya impian untuk dia melangkah ke peringkat yang lebih tinggi akan tiba tak lama lagi. Setelah dia dipecat oleh Danish, sangkanya di sudah tidak menemui titik bila mana dia kembali berdiri di pentas peragaan lagi. Namun, peluang yang tiba-tiba diberi oleh isteri Danish sendiri seakan-akan membuka ruang untuknya.
Tubuh ditilik di hadapan cermin untuk kesekian kalinya sebelum keluar dari tempat persalinan. Tatkala ingin melangkah ke tempat sepatutnya para model berdiri, gerak gerinya dapat dirasakan seperti sedang diperhatikan.
Langkah dilajukan kearah yang ingin dituju. Namun, lampu yang tiba-tiba malap membataskan keadaan. Langkahnya terhenti tatkala lampu yang tadinya malap automatik gelap.
Suasana luar sudah riuh-rendah dengan bunyi suara orang ramai yang turut sama terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba berlaku. Masing-masing menggunakan flashlight sendiri untuk mendapatkan gambaran sekeliling yang sudah gelap.
Natty sudah menggagar mencari sesuatu. Namun, belum sempat berbuat apa-apa, mulutnya dapat dirasakan seperti ditekup dengan kain.
Yang mungkin juga mengandungi...
Chloroform.
•••
BAYANG Luna yang masih tidak kelihatan dari tadi membuatkan Dareena turun sahaja sendiri ke basement yang luas itu. Langsung tidak tahu menahu tentang asbab arahan dari Luna itu tapi dia hanya turutkan sahaja.
Mujur sahaja dia terlebih dahulu menyoal Ijat, pekerja Danish yang dapat dirasakan cuma satu-satunya pekerja Danish yang boleh dipercayainya. Yang lain lebih kepada talam dua muka.
Namun, persoalan juga terbentuk di fikiran dek kerana Ijat tidak mempersoalkan dirinya yang sudah tidak mengenakan dress. Walhal, pusingan terakhir pertunjukan fesyen akan berlangsung tidak lama lagi.
Pelik..tapi nasib jugak!
Dareena sudah buntu. Keadaan basement yang luas dan kosong itu membuatkannya terpinga-pinga sendiri. Telefon diseluk dari dalam poket. Hampa. Tiada isyarat talian telefon!
Kaki mula melangkah ke arah serata basement tanpa berfikir. Luas dan kosong. Mungkin hanya digunakan tika perlu sahaja. Atau mungkin sahaja digunakan untuk latihan modelling.
Tatkala Dareena melangkah kearah satu sudut di hujung basement, stor yang terkunci membuatkan dia menjadi tertanya-tanya sendiri. Langkah segera diatur mendekat. Makin dia menghampiri stor tersebut, makin jelas sayup-sayup esakan seseorang di dalam stor tersebut.
Dan suara itu..ialah suara Danish!
Dada sudah berdebar hebat. Tombol pintu itu berkali-kali dipulas, namun tidak berhasil. Mungkin juga sudah dikunci dari dalam.
Tubuh turut sama dirempuh pada pintu. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Namun masih juga tetap sama. Tiada hasilnya.
"Danish!! You ke kat dalam?!" Dareena meninggikan sedikit suaranya menyoal. Cuba memastikan kesahihan gerangan yang terkunci di dalam stor tersebut ialah Danish.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...