14

3K 341 95
                                    

"Papa! Danish dah pandai baca chord

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Papa! Danish dah pandai baca chord.."

"Papa! Cikgu cakap Danish dah boleh start main piano..."

"Papa! Cikgu ajar Danish lagu River Flows In You.."

"Papa! Danish dah hampir tamatkan lagu kegemaran papa! Minggu depan papa datang ya. Ada persembahan piano Danish kat auditorium."

Dan masa tu..dia tak sangka yang persembahan pada hari bersejarahnya itu juga menjadi titik permulaan untuk hari yang paling mendukacitakannya. Hari yang sepatutnya menjadi bahagia akhirnya bertukar derita.

Malam terakhir latihan piano di rumahnya itu sepatutnya dia ditemani papa sebagai pembakar semangatnya. Namun, sedang jemari leka menari di atas kekunci piano, cahaya yang tadinya menerangi keseluruhan bilik tiba-tiba terpadam. Hampir sahaja dia menamatkan lagu itu. Sangat hampir.

Jemari yang menyentuh kekunci piano naik menggagar mencari objek yang boleh dijadikan penyuluh dalam kegelapan ini. Namun, tiada. Punggung perlahan-lahan bangun dari tempat duduk. Bersedia untuk menyelamatkan diri sendiri walaupun kegelapan itu membataskan penglihatannya untuk melihat arah keluar yang tepat.

Bang!

Pintu yang tertutup rapat secara tiba-tiba itu mengejutkannya. Bunyi deruan nafas seseorang seakan-akan begitu dekat dengan wajahnya.

"Papa.."

"Ya sayang, ni papa.." Bulu roma Danish sudah menegak. Dia tahu suara tu. Suara tu bukan suara papa!

Pang!

Tamparan yang agak kuat itu membuatkan mata Danish mula berpinar. Tidak cukup dengan tamparan, kali ini tangannya pula bagaikan direntap hebat. Dapat dirasakan juga dirinya kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat. Matanya juga turut sama dibalut dengan kain. Sekemasnya.

"Argh!!" Jeritan mama dapat didengarinya jelas. Jeritan yang sangat kuat. Selang-seli pula dengan jeritan papa. Kedua-duanya seakan-akan membawa maksud yang berbeza.

Jeritan mama seakan-akan meminta tolong.

Dan jeritan papa.. seakan-akan sudah lemah bergelut dengan seseorang.

"Mama!! Papa!!"

Dum!

Gegendang telinganya bagaikan ingin pecah. Bunyi piano itu seakan-akan mengganggu mindanya. Setiap kali jeritan yang kuat terluah dari mulutnya, tiap kali itu juga piano itu akan dibunyikan. Perompak yang memecah masuk rumah itu seakan-akan mencabarnya.

Bunyi esakan sudah terhasil. Bunyi itu betul-betul mengganggunya. Dia dah tak sanggup..

Sepi. Tiada lagi bunyi piano yang terhasil memandangkan tiada lagi jeritan yang keluar dari mulutnya. Namun, suasana yang sepi itu lebih menambahkan haru di hatinya. Aneh.

"Jangan apa-apakan isteri dan anak aku!"

"Papa!!!"

Pang!

Taming The DevilWhere stories live. Discover now