Kuala Lumpur, Malaysia
"ROKOK lagi?" Kepala Danish terdongak. Tatkala wajah itu menyapa pandangan, dia hanya menggeleng. Putung rokok itu diletakkan semula ke dalam kotak. Tidak jadi untuk meneruskan perbuatannya.
"Sampai bila kau nak jadi macam ni?"
"Kau rasa sampai bila?" Firas mengeluh perlahan.
"Kau telefon dia pun tak. Tanya khabar dia lagilah. Tapi kau masih harapkan dia. Motif kau ni tak selaras." Danish senyum tipis. Dia tala pandangan ke depan.
"Tak tahulah. Aku pun buntu."
Suasana kembali diam. Danish dengan lamunannya. Firas dengan penganalisaannya tentang Danish.
"Aku..."
"Rindu dia?" Lambat-lambat Danish mengangguk. Wajah diraup. Dah beberapa bulan dia bertahan hidup sendiri. Kiri kanan menyoal tentang status dia dan Dareena. Begitu juga menyoal tentang sebab Dareena ke luar negara. Sama ada dalam pengetahuan dirinya atau bukan. Kerana mereka juga masih sesuai dipanggil pengantin baharu. Tidak sampai setahun perkahwinan mereka, tapi hubungan mereka sudah dalam keadaan jarak jauh.
Tapi jawapan Danish pada mulut-mulut yang menyoal sentiasa konsisten dan sama. Dareena sedang menambahkan ilmu pengetahuannya dengan lebih meluas di sana. Mencari pengalaman yang baru dan nyata lebih banyak. Hal ini bagi keperluan pengurusan kafe mereka bersama di sini nanti.
Kafe mereka.
Kafe yang Dareena sendiri tidak tahu kewujudan tersebut.
Kafe yang sebenarnya diwujudkan sebagai hadiah dari dia untuk Dareena.
Kafe yang selalu menjadi impian Dareena sejak awal lagi.
Namun kini, dia perlu membangunkannya sendiri. Dengan hanya bergantung pada ilmu tentang bisnes kafe yang masih sedang dipelajarinya dari hari ke hari. Dia juga bergantung pada ilmu bisnes yang sudah ada dalam dirinya tika dia membangunkan modelling agency sebelum ini. Semua ilmu itu cuba diserap dan diguna pakai olehnya dalam membangunkan kafe ini.
"Rindu cakap rindu. Aku pun tahu makna rindu," balasan Firas membuatkan kepala Danish kembali tertoleh padanya. Bahu Danish ditepuk perlahan.
"Aku dah berkeluarga, bro. Aku dah ada anak. Aku tahu makna perasaan tu. Kenapa kau nak malu kalau ada perasaan tu? Perasaan kau valid, Danish. Hanya sebab kau rasa kau tak layak ada perasaan tu sebab salah diri kau sendiri dari awal lagi, itu tetap tak bermaksud setiap perasaan yang kau rasa sekarang tu perlu diketepikan. You're gaslighting your feelings. That shouldn't be done. That's the worst type of negativity."
"Ni, rokok ni. Sampai bila kau tak nak lepas dari diri kau. Tiap kali habis satu preparation untuk kafe, ada je benda alah ni dengan kau." Danish mengeluh perlahan.
"Aku cuma..."
"Cuma apa? Nak lepaskan tekanan kau?" Danish tidak menjawab. Tidak juga memberi reaksi dalam tebakan Firas.
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...