24

2.5K 295 47
                                    

         LANGKAH diatur ke ruang tamu rumah setelah solat isyak selesai ditunaikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         LANGKAH diatur ke ruang tamu rumah setelah solat isyak selesai ditunaikan. Sempat juga dia berborak kecil dengan Mak Kiah dan mama sebelum kaki diatur kembali ke tempat yang ingin dituju. Laptop diletakkan elok di atas meja kecil. Dia mengambil tempat di atas lantai. Hanya karpet berbulu itu yang menjadi alas duduknya.

Dia lebih selesa menyiapkan kerjanya di bawah jika dibandingkan dengan di atas sofa. Nanti makin mengantuk, susah nak fokus kerja.

Buku yang turut dibawanya bersama ke ruang tamu itu dicapai. Dia menghela nafas perlahan. Nama tajuk dan penulis buku itu dibaca.

"Eccedentesiast. Author, Qamar."

Cover buku itu disentuh. Bermula dengan bulan yang berada paling atas, diakhiri pula dengan kilauan yang seakan-akan batu permata itu.

Cantik. Sangat cantik.

"Qamar. Bulan dalam bahasa Arab. As for Lunar Eclipse. Kilauan yang seakan batu permata ni pula..menggambarkan maksud Nafisa."

"Nafisa means..permata yang sangat berharga," tambah Dareena lagi. Yakin bahawa tekaannya itu memang benar. Walaupun penulis buku itu masih lagi misteri.

"So you're an author now Luna Nafisa. I'm so proud of you." Dareena tersenyum nipis. Helaian buku itu diselaknya satu-persatu.

Muka surat pertama dimulakan penulis yang bernama 'Qamar' itu dengan satu ayat dari Al-Quran. Dari surah Al-Qamar.

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْاٰنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُّدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

(Al-Qamar 54:17)

Aku. Manusia yang cuba mengenali diri melalui Al-Quran. Dan aku titipkan naskhah ini untuk diri aku dan kamu yang butuh jiwa baru.

Sekadar pengajaran bersama.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

- Qamar

Muka surat seterusnya pula dibelek.

Eccedentesiast;
One who fakes a smile

Wearing a smiling mask to hide the pain.

That's me. A girl behind the facade. I let out all of my feelings here. My past and what I went through. I let it out here.

Bukan untuk mencari simpati
Namun hanya ingin memujuk hati
Supaya kekal berdiri
Walaupun hati sudah hampir mati

Taming The DevilWhere stories live. Discover now