Auckland, New Zealand
"REENA..." Panggilan ibu mematikan lamunan Dareena. Lantas dia menoleh memandang si ibu yang sedang tersenyum padanya.
"Ibu duduk sini boleh?" Tawa kecil Dareena terlepas. Dia mengangguk laju.
"Kenapa mintak izin Reena. Bangku ni bukan hak milik Reena pun." Ibu masih kekal senyum lantas mengambil tempat di sebelahnya.
"Ibu takut ibu ganggu Reena."
"Tak adalah. Reena tak buat apa-apa jugak."
"Reena... Fikir apa?"
"Hmm? Tak fikir apa pun. Cuma..."
"Cuma?"
"Tak ada apalah ibu," balas Dareena perlahan. Hijabnya dipegang kemas tatkala angin yang sesekali agak kuat bagaikan ingin mula menerbangkannya.
"Tadi Danish ada call ibu."
"Danish?" soal Dareena penuh berhati-hati. Dia tahu ibu tak pernah sukakan hubungannya dan Danish. Tapi atas pujukan Kak Long dulu, ibu akhirnya akur jua walaupun hatinya masih berbolak-balik.
"Ya, Danish. Danish memang selalu call ibu." Dahi Dareena berkerut. Pelik dengan pernyataan itu. Kenapa dia tak pernah tahu?
"Bagus budak tu. Hari-hari tanya khabar ibu."
"Ibu jadi terfikir... Kenapa Reena tak ajak dia datang sini sekali? Tinggal sini? Bukan ke dia dah berhenti kerja kat Dazzle Models tu?" Mulut Dareena bagaikan terkunci untuk menjawab. Macam mana ibu tahu pasal semua tu?
"Ibu tahu?"
"Dia bagitahu ibu."
"Dia ada bagitahu ibu dia nak datang sini sekali?" Ibu menggeleng.
"Tak, dia bagitahu ibu yang dia dah berhenti kerja kat Dazzle Models tu. Haritu, masa Reena masih lagi duduk kat Malaysia, Danish buat pertama kalinya telefon ibu. Sayu hati ibu dengar dia teresak menangis. Hati ibu mana je tak luluh bila dengar suara yang tak henti-henti mohon maaf macam tu?"
"Memang ibu tak suka pilihan Reena untuk kahwin dengan dia dulu, tapi kalau dia dapat buktikan keyakinan dia untuk jaga anak ibu ni macam apa yang Reena pernah bagitahu ibu, tanggapan ibu pun boleh berubah."
"Reena..." Reena tak terfikir nak ajak dia sebab Reena tahu ibu tak suka dia.
Ayat itu hanya dibiarkan di dalam hati. Hanya mata yang memainkan peranan seolah-olah tersenyum pada ibu.
"Reena rindu dia tak?" Dareena diam. Dia berpura-pura melepaskan tawa kecilnya.
"Kenapa ibu tanya macam tu?" Ibu tersenyum. Kepala anak bongsunya itu diusap lembut.
"Kalau rindu, baliklah. Ibu tahu suasana kat sini tak macam suasana kat sana. Kat sini, Reena banyak diam je. Bila orang ajak cakap, baru Reena akan bersuara."
"Sama macam masa Reena remaja dulu. Balik je dari rumah Aunty Tia, Reena senyap je memanjang. Padahal, Aunty Tia selalu bagitahu ibu kalau kat sana, Reena lah penghibur suasana." kata-kata ibu membuatkan air matanya menjadi bertakung.
"Baliklah kalau Reena nak balik. Ibu dengan Kak Long kat sini baik je. Anak bongsu ibu ni dah besar kan? Tahu apa yang terbaik untuk Reena?" Air mata Dareena tumpah. Tubuh ibu dipeluk kemas. Esakan perlahan-lahan kedengaran.
"Ibu jangan salah faham tau. Reena sayangkan ibu dengan Kak Long jugak.." Ibu tersenyum. Kepala anaknya itu ditepuk-tepuk lembut.
"Ya, Reena. Ibu tahu. Tapi baliklah. Kalau tu yang buatkan anak ibu lebih gembira."
•••
Kuala Lumpur, Malaysia
"BOS, bos! Tengok ni!" Danish yang sibuk menguruskan bahagian dapur terhenti. Dia lantas bergerak menuju kearah pekerja-pekerjanya yang sedang berkerumun di sekeliling sebuah meja.
"Kenapa ni?" Danish sudah tergelak melihat satu-persatu wajah pekerjanya yang kelihatan bersinar-sinar gembira.
"Bos memang kena up gaji team marketing ni!"
"Amboi, belum kerja dah demand macam-macam ni." Pekerja-pekerjanya hanya ketawa dengan kata-kata Danish. Mereka lantas melambai-lambaikan tangan pada Danish, menyuruh bos mereka itu supaya menghampiri mereka.
"Ni... Tengok ni, bos."
"Tengok apa ni?" Saat melihat apa yang tertera di skrin telefon, matanya terbeliak.
"Viral bos, viral! Mantap team marketing! Kat twitter dah 20k retweets, kat facebook pun sama. Lepastu kat platform yang paling dapat sambutan iaitu tiktok, video pertama kita dah cecah 4 juta views."
"Kalau sebab marketing bukan-bukan..." Belum sempat Danish menghabiskan ayatnya, mereka terlebih dahulu laju pintas.
"Mana ada! Bos ni bukan-bukan je, mana ada saya ajak diaorang ni gelek dalam video." Tawa Danish terlepas. Video dan dan gambar berkaitan yang dimuatnaik team marketing lantas dilihat.
"Ni... Saya cuma post dekat mana-mana platform yang sesuai untuk promote kafe ni. Macam tik tok, twitter and facebook. Saya promote tentang pembukaan kafe ni nanti. Gambar luar dalam kafe, lepastu saya describe sikit apa specialnya MINE Cafe ni."
"Bos, bahagian marketing serahkan pada saya. Dari Dazzle Models lagi saya tak pernah mengecewakan, kan?" Danish tergelak. Kepala turut mengangguk mengiakan kata-kata si pekerja. Bahu mereka ditepuk.
"Tahniah semua. Tapi jangan gembira dulu. Takut nanti, tak ada orang pun yang datang. Expect the unexpected. Jangan letakkan harapan yang tinggi."
"Tapi semoga usaha kita membuahkan hasil, kan? Lagi-lagi usaha Encik Danish," kata-kata salah seorang pekerjanya membuatkan Danish tersenyum. Lalu dia mengangguk.
"Saya nak urus bahagian dapur dulu. Banyak lagi tak kemaskan. Nanti bila dah siap senang, kena uruskan bahagian menu je nanti."
"Noted Encik Danish!" Danish lantas berlalu pergi. Baru sahaja ingin meneruskan kerja yang tergendala, getaran telefon membantutkannya. Telefon diseluk dari poket.
Saat terbaca nama yang tertera, jantungnya berdetak hebat. Pesanan tersebut pantas dibuka.
'Tak nak jemput I ke untuk datang opening kafe nanti?'
Ting!
Ada lagi pesanan yang masuk. Dari pengirim yang sama.
'By the way, happy belated birthday Rian. Can't wait to see you soon :)'
***
Saya nak update next chapter kejap lagi. Tapi nak pukul berapa ya? 🤔
YOU ARE READING
Taming The Devil
Romance[Spin-off FIRASY] Tengku Dareena | Danish Arrian "Bold to assume that I'm in love with you, Tengku Dareena!" - Danish Arrian "Bold to assume I'm not gonna do anything about that, Danish Arrian." - Tengku Dareena Pengakuan tanpa sedar Danish Arrian p...