35

2K 259 34
                                    

        "DANISH, stop

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "DANISH, stop."

"Kenapa? Sebab kau tak boleh terima aku seadanya? Kau tak boleh terima buruk aku?"

"Danish. You salah faham."

"Apa? Apa yang aku salah faham?! Kalau kau tak boleh nak terima buruk aku, kenapa kau macam bagi harapan untuk aku bahagia?" Dareena menarik nafas dalam.

"Tak, I cakap stop. Stop kejap. I baru teringat I ada buat biskut dekat dapur. Nanti kita sambung okay. Sorry, kejap je!" Riak tegang Danish berubah. Bungkam dengan permintaan Dareena itu. Memang dia ni tak pernah serius ke?

Sepatutnya ni topik serius!

"Dan tolong tengokkan Taylor kesayangan I kejap. Ha, lagi satu..kalau you pandai, belajarlah sekali main piano lagu Taylor Swift." Danish sudah terpinga-pinga.

Apa yang pelik sangat perangai si Dareena ni? Rasanya dia pergi dapur sekejap je pun. Bukannya berhari-hari sampaikan dia boleh pandai satu lagu Taylor Swift yang tak pernah langsung dia belajar main.

Nafas ditarik dalam. 

"Just..go."

"Okay, kejap je. Tak lama pun."

"Hmm. Take your time." Dareena cuma angguk. 

"By the way, kau buat biskut apa?"

"Your favourite cookies. Chocolate chip cookies." Danish yang tadinya hanya soal acuh tak acuh mula tertarik dengan pernyataan tersebut. Laju sahaja kepala terus menoleh kembali kearah Dareena. Hilang sudah emosi sedih yang membelenggu dirinya tadi. Riak gembira mula terpapar pada wajah.

"Really? Can I have some?" Riak teruja Danish membuatkan Dareena tergelak. Laju dia mengangguk.

"Memang I buat untuk you pun. Sebab selama ni you selalu curi satu, kan?" balas Dareena selamba. Sengaja ingin melihat reaksi Danish akan tebakan tersebut.

Hmm, jadi betul la tekaan dia selama ni.

Gotcha!

Jawapan Dareena membuatkan senyum Danish menghilang. Dia menelan liur. Jadi Dareena tahu pasal tu?

"You duduk sini diam-diam. Biar I bawak naik atas."

"Okay," balas Danish perlahan. Bagaikan anak kecil yang patuh dengan permintaan orang tuanya.

"Just..don't think about anything else. Let your mind to think only about my cookies. Okay, my Rian?" Lambat-lambat Danish mengangguk. Masih lagi kelihatan patuh dengan permintaan Dareena.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now