55

2.4K 272 56
                                    

        DANISH fokus satu-satu pada not dalam sheets piano miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DANISH fokus satu-satu pada not dalam sheets piano miliknya. Mata dipicingkan, cuba mencari keyakinan jemari dapat mempunyai daya kekuatan yang sama dengan minda yang sedang memproses.

"Kau boleh buat Danish. Kau boleh..."

Nafas ditarik dalam sebelum jemari mula bergerak menari-nari di atas papan kekunci piano. Namun, hanya seketika apabila alunan melodi tersebut tiba-tiba kedengaran nyaring.

Danish mengeluh untuk kesekian kalinya. Sheets piano diletakkan semula di tempatnya. Tika kaki mula ingin melangkah keluar, tubuh seseorang yang menyandar di muka pintu menarik perhatiannya.

Wajah itu tampak tidak beremosi. Tapi tajam memanah padanya. Macam dia ada buat salah pula. Ke..memang ada?

"Memang sifat kau mudah mengalah ke apa?" soalan itu berbunyi tenang, tapi kedengaran sinis pada telinga Danish. Danish hanya senyum nipis. Tidak pula dia mahu balas.

"Kau memang tak ada satu perasaan ni eh. Yang mana bila kau dah jalan, kau tak nak berhenti... Atau kau takkan berhenti." Dareena menghela nafas berat. Dia merapati Danish yang masih duduk di kerusi piano. Dia merenung si lelaki tajam sebelum papan kekunci piano tersebut ditekan random.

Menghasilkan bunyi yang berbeza.

"Aku tekan tak nyaring pun."

"Sebab aku tak tambah tekanan pada papan kekunci ni. Sebab aku pun tak stress." Hujung bibir Danish ternaik sedikit. Dia cuba sembunyi senyum. Rasa kelakar. Comel pun ya.

"Sekarang, cuba kau pulak yang tekan." Danish pada awalnya ragu-ragu. Tapi dia masih menurut. Papan kekunci piano tersebut ditekan. Bukan satu, tapi beberapa. Hingga menghasilkan satu alunan muzik.

"Hmm, tengok. Bukan tak pandai, tapi mudah sangat mengaku kalah. Macam diri tu lah terpaling trauma, terpaling lemah semangat, terpaling sayu." Danish diam. Senyumannya tadi sudah mengendur dengan kata-kata sinis yang dilontarkan oleh Dareena.

"Kalau macam ni kau layan diri kau, sampai bila-bila kau diselubungi perasaan tu. Ke kau memang hamak pertolongan, aku boleh je tolong ikhlaskan hati menolong. Walaupun benda pertama aku kena buat ialah terpaksa butakan hati dengan salah kau pada aku selama ni." Tubuh Danish mengeras. Kenapa perlu ayat sokongan dari Dareena diselitkan juga dengan kata-kata sinis.

"Sakit lagi ke?"

"Huh?" Dareena kerut dahi. Tangan disilangkan pada tubuh. Cuba tafsir maksud soalan mudah Danish.

Danish bangun. Automatik tubuh Dareena yang tadi menyandar pada piano kembali tegak. Membulat mata Dareena tatkala Danish semakin merapatinya.

"Apa-"

"Hati kau. Sakit lagi ke?" Dareena terkedu. Suara itu tenang menyapa telinganya. Telapak tangan si lelaki juga sudah mendarat pada dadanya. Sekali gus membuatkan debaran di dadanya kian terasa. Lalu cepat-cepat tangan Danish dialihkan.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now