4

3.1K 310 24
                                    

         DERAP kaki yang kedengaran semakin mendekat dengannya membuatkan tubuhnya dipalingkan ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DERAP kaki yang kedengaran semakin mendekat dengannya membuatkan tubuhnya dipalingkan ke belakang. Mata dipincingkan. Geram dengan gaya selamba si jejaka yang tiba-tiba menaikkan darahnya itu.

"Tak perlu rasanya ikut."

Danish tayang riak kosong. Makin Dareena menghalang, makin dia berpelakuan sebaliknya. Siapa suruh berani sangat, gatal sangat nak lamar dia tadi. Dia tahu semua tu kedengaran main-main pada awalnya.

Tapi pandai bercakap, pandai tanggung lah.

"As if I care... Little kid."

Little... Apa dia panggil?!

Dareena merengus kasar. Jari telunjuk dituding pada wajah Danish. Bersiap-sedia untuk melontarkan seribu satu bidasan tidak berpuas hati.

"I dah besar. I dah 28 tahun. Stop calling me that. I pun bukannya rendah. 170 cm. Panggilan tu... Langsung tak sesuai untuk I," laju Dareena membidas.

Danish hanya buat tak endah. Penerangan Dareena perihal dirinya bagai hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langkahnya masih bersahaja dituju seiring dengan langkah Dareena. Setapak Dareena melangkah, setapak juga dia melangkah.

Sudah lama jugak dia tidak menjenguk kawan baik mamanya itu. Kali terakhir rasanya dua bulan yang lepas. Itu pun sebab temankan mamanya.

Loceng rumah selamba sahaja ditekan tanpa mengendahkan anak si tuan rumah di sebelahnya. Mencuka habis riak wajah Dareena. Seakan-akan masih tidak berpuas hati.

"Kenapa kau tidur rumah aku semalam?" Sempat lagi Danish menyoal tatkala sedang menunggu pintu rumah dibuka oleh si pemilik.

"Why should I tell you? Lagipun, sepatutnya I yang tanya you, kenapa you balik semalam?" Danish terdiam seketika. Dia merengus perlahan.

"That's literally my house. Why do you even bother?"

"Why do I even bother?!" Nada suara Dareena sudah meninggi sedikit. Geram dengan jawapan Danish yang bagaikan pura-pura tidak tahu tentang kejadian semalam.

"Excuse me, Danish. Seriously?!" Bahu Danish sudah ditujahnya kegeraman. Tidak betah dengan perangai selamba itu.

"Hei, malam semalam... Semalaman I jaga you. Bukan I je, tapi Mak Kiah sekali. Tak fasal-fasal! Dan kalau you nak tahu jugak, I dah dengar semuanya. Setiap patah kata yang keluar dari mulut you tu I dengar. You nak I cerita satu persatu ke apa? Tu tak termasuk lagi dengan..."

"Dengan apa?" Danish menyoal perlahan. Agak gusar dengan ayat Dareena yang terjeda itu.

"Dengan... How you literally wouldn't let me go."

Zup!

Pandangan sinis Dareena membuatkannya terkedu. Lantas dia terus mengalihkan pandangannya ke depan.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now