43

1.7K 200 12
                                    

       "PENAT?" soal Danish sebaik sahaja mereka ingin ke belakang tabir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "PENAT?" soal Danish sebaik sahaja mereka ingin ke belakang tabir. Lengannya diletakkan di bahu Dareena. Hujung tangan digunakan untuk menepuk-nepuk bahu si isteri.

Kesian Dareena. Sepatutnya isterinya itu hanya perlu menemaninya semalam ke tempat kerja atas alasan akan menghantarnya pergi dan balik. Tapi lain pula jadinya apabila Dareena turut sama perlu mengerah tenaganya untuk menjalankan praktis dalam masa yang singkat dek kerana dirinya yang dijadikan model ganti itu.

"Sikit," balas Dareena perlahan. Dia masih dengan senyumnya. Cuba menyedapkan hati sendiri.

"Tengku Dareena," panjang Danish memanggil namanya. Tubuh turut dipusingkan Danish supaya memandangnya.

Hal itu automatik membuatkan tubuh Dareena menegak. Kaki sudah berhenti bergerak. Terkebil-kebil dia memandang Danish. Biasanya kalau Danish panggil nama panjang, ada sesuatu yang dia tidak puas hati atau nak marah. Tapi dia ada buat salah apa-apa ke tadi? Ke dia silap cakap?

"Just wanna say..I owe you so much, really."

Oh, risau! Ingatkan ada apa-apa yang Danish tidak puas hati dengan dia. Baru nak lancarkan perang!

Dareena tersenyum nipis. Dia berpura-pura berfikir.

"Hmm, kalau macam tu nanti belanja I lah."

"Kau nak apa? Semua aku bagi. Kau nak suruh aku gadai rumah pun aku gadai rumah," tawa Dareena terlepas.

"Too exaggerated. Rumah dalam The Sims buat apa."

Dahi Danish berkerut.

"The Sims? Apa tu?" Soalan Danish membuatkan tawa Dareena terburai lagi.

"Tak adalah. I gurau je. Tak nak apa-apa pun. Tak tahu nak mintak apa..." ujar Dareena perlahan. Otaknya sedang ligat memikirkan perihal nanti.

Macam mana kalau dia tiba-tiba tersadung nanti?

Macam mana kalau heels yang dipakai nanti tercabut?

Macam mana kalau..ah! Banyaknya kalau! Banyaknya overthinking!

So not Dareena!

"I can play piano for you nanti," perlahan sahaja suara Danish. Membuatkan Dareena berkali-kali cuba memastikan kata-kata Danish itu.

"And I guess..besides, I also have a lot of things to tell you. Aku dah tak nak pendam. Aku tak nak kau salah faham dengan aku. Aku tak nak aku salahkan diri sendiri sebab tak bagitahu kau awal-awal. Aku tak nak nasi jadi bubur baru aku nak pulihkan situasi."

Dareena masih diam. Cuba mendengar lagi butir-bicara Danish. Kedua-dua belah tangannya sudah digenggam Danish.

"But first, do your very best. I know you can do this. Okay, my Reen?" Dareena mengangguk laju. Senyumnya turut sama terukir tatkala melihat wajah penuh harapan Danish. Lantas, Danish mendekatkan jarak wajah mereka.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now